Sunday, August 28, 2011

MASIH TERASA KEHILANGAN...

Assalamualaikum,

Hye semua..saban hari dok menunggu modem streamix yang rosak, dah seminggu rasanya aku balik kampung, baru hari ni dapat online, sabo jela nok,...

Tak sangka kan ramadhan hampir melabuhkan tirainya, esok dah nak raya, tapi persiapan? humphhh...macam tak ye ye je sebab rasa diri dah besau benooo kalau kecik2 raya best la jugak, keliling kampung aku kutip duit raya, sekarang nak buat macam tu ohhh sangat lah malu nanti takde orang nak minang aku...=.='

Hari ni genap sudah 5 hari 2 orang kawan aku kembali ke rahmatullah, Allah je yang tau perasaan orang yang kehilangan sahabat 2 kali gus. Ya Allah besar benar ujianMU ini.

Aku ingat lagi, handset aku memekik terlolong rasa macam nak hempas je kat dinding mintak diangkat, ikutkan hati nak je aku sambung tidur, waktu tu jam menunjukkan pukul 5.15 pagi rasanya hari khamis 27 ramadhan. (eh, macam berita surat khabar je ayat aku nih...), rupanya kawan aku, Mai telefon aku, aku angkat, dialog berupa begini...

Mai : Haya, bangun Haya...(suara annoying gila, dah la aku dah bangun, lagi mau suruh aku bangun, aku anggap dia yang mamai agaknya..padehal...)

Haya : Yer yer aku dah bangun lah ni...

Mai : (Dengan suara teresak2) Haya, Farah dengan Alang meninggal..

Haya : Haaa?? (aku dah buat muka blur, betul ke nih kan,)

Mai : Diorang eksiden dekat AMJ (Highway)

Haya : Astaghfirullah..(aku terus menangis....) Mai betul ke nih...(aku ingat aku kot yang mamai...)

Mai : Betul, Pika baru telefon aku, diorang dah kat hospital sekarang...

Haya : (jantung aku rasa macam sesak je, bayangkanlah aku dengan yang baru bangun je lagi tetiba dapat berita mengejut ni, Allah je yang tahu perasaan aku ni)...

Aku duduk kejap atas katil, kesat air mata, terus keluar bilik bagitau mak aku, aku cakap nak pergi rumah arwah..tapi mak aku tak bagi sebab transport pon takde, takkan nak naik bas pulak, ikutkan hati nak je aku bawak motor...Kawan aku cakap ramai lah classmate aku yang ikut melawat, aku terkilan gila...

Lepas dapat berita tu, aku terus contact member2 kelas kita masa sekolah teknik dulu yang masih aku keep in touch..diorang semua terkejut Farah...

Terasa baru semalam je kita berbual2 bergelak ketawa sama2 kan Farah...ingat lagi masa sem 1 kita rapat sebab kita dari kelas yang sama mase teknik dulu...buat assignment sama2, pergi kelas sama2 awal pulak tu, kelas pukul 8, tapi kol 7.20, 7.30 kita dah gerak dari kamsis..bajet student kesayangan lecturer lah tu..bhahaha..


Aku rindu kau Farah...='(..pipi kau yang menjadi idaman ramai bak donut yang baru keluar microwave~~
Suara kau yang ala-ala kebudakan, suka dengar kau bebel, senyuman kau...

Alang jugak..lepasni group makmal kita dah berkurang lah...

Maafkan setiap kesalahan aku pada korang..aku terkilan sangat tak dapat tatap wajah korang buat kali terakhir...Moga Allah merahmati roh kalian...Dijauhkan dari azab seksa api neraka, dipermudahkan meniti titian Siratul mustaqim insyaallah..Ya Allah kau terangilah kubur mereka dengan cahaya keimanan ..amin..

Jaga diri korang bebaik tau kat alam sana..

Allah lebih sayangkan korang...

Ternyata ramadhan kali ni merupakan ramahan terakhir kita bersama kan...

Walau korang dah takde, tapi korang tetap ada dalam hati aku...;')


Saat teringat dekat kalian, lagu ni menjadi pengubat duka...

Rindunya dekat kau farah aka chemon...;')
(bertudung hitam)

Alang (3 dari kanan ,berdiri tapi sedikit menunduk)

Al-fatihah untuk kalian...Ya Allah kau kurniakanlah kebahagiaan dan ketenangan mereka di alam sana ..amin...

Sedikit keratan Sinar Harian..


MAYAT mangsa di samping kereta Perodua Kancil yang terbabit nahas 
 di Kilometer 26, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Serkam, awal pagi semalam.
MAYAT mangsa di samping kereta Perodua Kancil yang terbabit nahas di Kilometer 26, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Serkam, awal pagi semalam.
Mangsa baru pulang membeli-belah baju raya 

JASIN: Dua mangsa yang dalam perjalanan pulang selepas membeli baju raya, maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini dan simpang tiga Jalan Kampung Kempadang, Kuantan, awal pagi semalam dan malam kelmarin.
Kejadian di Kilometer 26, Lebuh Raya AMJ membabitkan tiga kereta berlaku jam 3.20 pagi ketika Mohammad Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila Sa-zali, masing-masing 21 tahun menaiki Perodua Kancil, dalam perjalanan pulang ke Merlimau selepas membeli belah di bandar Melaka.
Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata kenderaan mangsa dirempuh dari belakang oleh Proton Wira yang dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan. 

Pada masa sama, sebuah kereta Ford juga dipercayai dipandu laju juga merempuh kereta mangsa. 

“Akibat rempuhan itu, Mohammad Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila mati di tempat kejadian. 

“Pemandu Proton Wira dan Ford bersama seorang lagi penumpangnya yang identiti mereka belum dikenal pasti, parah dan dimasukkan ke Hospital Muar,” katanya di sini, semalam. 
Mohammad Izuan berasal dari Taman Mahkota 1, Mersing, Johor, manakala Farah Nabila dari Parit Raja, Johor dan masih menuntut di Politeknik Merlimau. 

Pemeriksaan ke atas Perodua Kancil yang dinaiki Mohammad Izuan dan Farah Nabila, polis menemui beberapa helai pakaian termasuk seluar yang baru dibeli mereka, dipercayai untuk dipakai pada Aidilfitri nanti. 





Saturday, August 13, 2011

SUCH A PERFECT SONG !

Assalamualaikum..

Hari ni, terasa nak post benda2 yang ringan sahaja, dah lama sangat tak post lagu2.  Tapi versi nasyid lah kan, kalau yang versi2 gitar kapok tu, lu pikir sendiri la nyah, malas mak nak cakap banyak2.. eheh !



Redha ;')




Kepastian ;')

Tuesday, August 9, 2011

ENTRY 6 KAKAK IKAN ;P

Assalamualaikum...

Hye..Petang yang damai, kala asap kenderaan kentut berlumba-lumba menusuk hidung, ada segelintir manusia yang enak diulit mimpi, ada juga sang manusia tiada arah tujuan. macam aku.

Entri 6 kakak ikan berjimba~

Lagi banyak gambar aku nak tempek.

Biar menanah air mata.

Biar terbawa-bawa di alam mimpi.

Haru tak ?

Besar tanak kalah ;p

5 Kakak ikan..

juga ;')

Eh cubaan tidak rela menyuapkan orang ;p


Cubaan memaksa menyuap orang. Tengok riak muka orang yang disuap seperti mahu keluar air mata...manakala orang yang nak menyuap seperti......(sambung sendiri ;p)

Mata ke mata.. awwww..

Orang semua sibuk nak bergambar, tapi, cuba lihat si tudung pink itu...

Haaa..baru cukup 6 kakak ikan ..ngeh ngeh..

Temah dan Eton berbincang hal anak-anak.

Lagi.

Kiah, eton dan Temah.

Si cantik manis (bertudung biru je ;D)


Kelas kau Kak Nam...Belit sana belit sini akhirnya kau jugak yang terbelit ;p

Tuan tanah bersama cocacola. T____T

Parti (wah, tanak kalah) bertempat di padang Dataran Pahlawan, konon-konon tema perkelahan di Hawaiiiiiiii, sambil menjinjing tikar mengkuang dari rumah, tak pernah dibuat orang...;)

Rindu ;')


Wednesday, August 3, 2011

ONE DAY VACATION PART 1

Assalamualaikum..

Di sini, saya selaku penyimpan mohor-mohor di raja, ingin merakamkan sejuta kemaafan kepada blog picisan ini kerana tidak dapat memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi seperti yang dijanjikan sebelum ini. *terus nyanyi lagu aishah*..hati membeku....(apakah??)

Seperti yang anda sedia maklum, tugas saya sebagai seorang pelajar amatlah membataskan saya untuk terus melibatkan diri atau dengan bahasa saintifiknya menjembloskan diri secara terus di alam maya kerana ia akan membuatkan saya terus ke kancah alpa. Maka adalah lebih baik saya menjauhkan diri agar saya tak terkena sindrom yang sangat mentakutkan ini. 

Di kesempatan ini juga saya dengan serela, seikhlas, tulus sedalam dalamnya ingin menebus segala kesilapan saya dengan membalas dendam mengupdate secara rakus, pukal dan terdesaknya  mengimbas kembali apa yang telah terjadi sepanjang saya bergelar sem 5 ini... wOwowow! Tapi memang tak muat lah kan kalau nak diceritakan semua.. T___T

(amacam ayat aku ? kalah cikgu Bm yang bernama Rogayah binti Kassim Helsinki. amek kawwww)

Okey lets change the topic !

Biar gambar mengungkap segalanya ..












Dekat mana lagi kan kalau tak Melaka .. nama je study kat melaka hampir 3 tahun, tapi tak sempat pun nak teroka dengan lebih jauh lagi, so, plan nak pegi ronggeng2 ni pun on the spot tapi tak cukup 6 orang..sadis sungguh.. 

p/s ; Akan bersambung di kemudian hari and selamat berpuasa semua walaupun memang dah terlambat sangat nak wish T___T.. Beramal ibadatlah di bulan yang mulia ni yer rakan2, sebab time ni la takde lagi setan berjoget berdansa keriangan, ;p