Saturday, October 29, 2011

My First Baby ;')

Assalamualaikum..

Hehe..Bertemu lagi kita pada cuaca yang samar2 tak berbalam sangat. 
Terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan2 tahniah ke atas kelahiran anak ini =p
Penat saya menggendong perut ke hulu ke hilir. Akhirnya ia keluar dengan selamat. Taraaa ! Keluar sudah anak orang. Comel ! 

*Tetiba pipiku terasa dilempang*. Dah puas merepek ?

Untuk makluman semua (perlu ke), kakakku baru melahirkan anaknya yang sulung (pasti lepasni ada lagi kan ;p)  so, aku pun secara tak langsung bertukar gelaran jadi 'ahkakkkk'..(tak nak sedarkan diri sudah menjadi auntie)..mak ku dan bapak aku pun seterusnya menjadi eyang dan kakek ! Omomomomo ;p
Sungguh omel kan bunyinya >.<

Danish Iqbal bin Mohamad Faridz ! Akhirnya pada 25 Oktober 2011 keluar dari perut ibu setelah berbulan lamanya ! Alhamdulillah...dah masuk hari ke-5. Sekejap je masa berlalu. Tahun depan dapat kawan baru lagi..hihi..


Best kan kalau jadi baby. Bole tido selalu ;p


"Kecik je kan ?". Dialog bersama kakak. Dia menjawab, "Kecik ? Tapi nak keluarkan tu Allah je yang tau",.Oke aku terus tertelan air liur basi.



 more



and more ;)


His mom and dad ;) 





p/s ; Semoga dengan kelahiran baby ni dapat membawa kebahagiaan semua insyaallah ;)


Friday, October 21, 2011

MIDNIGHT

Assalamualaikum.

Malam menjelma lagi. Pipi ditampar sang puput bayu. Mata kian terpejam. Tinggal aku keseorangan. Meniti kesejukan malam. (kelas kau jah!)

Yelah kan. Orang dapat wifi free. Memang cengini agaknya tak terasa nak tido malam, memang nak online sampai termuntah. Konon2nya berhasrat esok nak bangun pagi pergi berjogging. eh tetttttt. Berjogging ke ? Kalau kalau esok terlajak tidur sampai bangun pukul 12 taktau lah camne kan, abis beriya2 kak nam sorang tu memekak nak suruh teman berjogging, karang tak jadi pulak maka musnahlah harapan beliau untuk kurus !

Hari terus berlalu. Masa semakin pantas berputar. Tidak toleh kanan kiri depan belakang. Aku terus terkejar. Pejam celik pejam celik eh tetiba dah nak dekat final rupanya !

Aku ? Masih mencari identiti. Sudah bersedia kah nak menghadapi final ? Assignment, test kuiz dan design yang super horror ! Arghhh ! Alangkah indahnya dunia kalau segala-galanya ting ! dengan kuasa bulan, maka tetiba aku sudah menjadi cerdik pandai, menjawab soalan menyelesaikan masalah dengan tanpa keraguan. Yelah,, kan budak pandai kan ??

Banyak pulak aku bebel. Entri tanpa hala tuju. Kau nak buat muka menjengkelkan sila keluar dari blog ini kerana belog ini aku yang punya. Suke hati aku lah . *kenapa tetiba nak meroyan ni -.-*

Dalam kesibukan menjadi mahasisiwi (eh eh!) sempat juga kami berjimba sakan. Kalau tidak menampal gambar, sungguhlah tidak berseri belog ni kan ?

Kau lihat ? Sungguh ! Beginilah caranya kami berjimba. Melompat seperti katak-katak kanak-kanak riang !

Tidak sah bukan kalau pergi ke persisiran pantai tidak mengukir sesuatu yang indah ? *cliche*

Berlatarbelakangkan sand castle . wow ! what amazing !


 P/S ; Sekian. Terima kasih. Entri merepek dari saya. Terharu kerana sudi membaca. *lap hingus*

Friday, October 7, 2011

Pertama Kali

Assalamualaikum.

Yer ! I'm home again. Aku tidak berketentuan hala. Semenjak dua menjak ni aku rasakan kulit aku semakin hari semakin menggerutu. Kau tahu menggerutu?


Aku nak salahkan produk pun tak boleh. Sebabnya aku just pakai pencuci je. Krim muka dah lama berhenti. Kan aku dah kata kecantikan natural tu penting ! haha

Tapi ini tak boleh jadi. Semalam aku ngadu kat mak aku kenapa kulit aku makin hari makin tak jelita (haha), so mak aku sarankan aku buat masker. So, inilah dy!

Ceh malu je nok, agak2 siapa nak buat filem hantu tu, meh panggil aku..

Mintak2 lah aku buat masker ni secara istiqamah. Aku ni jarang komited dalam sesuatu bidang -tetiba-.

  • Aku rindukan kulit muka aku waktu zaman muda-muda. Cerah. Berseri. Anggun. Mutu. Keunggulan.
  • Kalau nak cantik, jangan amalkan petua. Tapi Pemuda. kahkah.
  • Kalau tak jadi jugak, aku nak menabung dari skunk, wat surgery ! Wah ! Kalah Ifa Raziah ! HAHA..


Sunday, October 2, 2011

Terima Kasih ;')

Terima kasih kerana balik kampung kali ni tiba-tiba rasa macam raya pulak. eheh !

Berkira-kira jugak lah sama ada nak balik ke tak minggu ni, sebab plan nak balik next week, but, it's sokey la..rupa-rupanya semua adik beradik ada kat rumah. Bukan selalu dapat jumpa ramai-ramai camni kan ?

Paling suka adalah....makanan ! Kau temah, bab makan ni laju je eh.

Tom yam, maggi air mata (turut tidak ketinggalan), nasi ayam, udang masak lemak cili api berair mata, haha, n now , tetiba rasa tanak balik merlimau . hurmmmmmmmm.. ;'(((

P/S ; Omongan kosong. okebai..assalam..

Petikan


            “Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.Patutnya lebih lagi daripada tu.Baca Quran ni kena ada feel.Kalau tak,tak bawa makna apa.” Akmal sengih. “Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.”
            Fend sengih kelat.Nak relate dengan baca novel tu mungkin tak berapa sangat la kot,sebab dia bukan kaki buku macam K².Tapi kalau untuk feel tu,dia boleh relate dengan feel pada lagu-lagu.Memang faham sangat.
            “Tu la.Kita ni kadang-kadang berlagak.” Akmal senyum segaris. “Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat ‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?”
            Terdiam dibuatnya mendengar kata-kata Akmal tu.Memang betul pun tu yang selalu dibuat.Ada jugak la rasa perasan ‘beriman’ tu.Sebab kita memang orang Islam,boleh kot kalau nak perasan macam tu?Tapi betul jugak cakap Akmal.Cukup kriteria ke?
            “Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’.Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu bila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’,sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.” 


P/S ; aku terasa sendiri...

Saturday, October 1, 2011

Ketika Malam

Assalamualaikum.

Hye. Akhirnya aku kembali ke pentas pemblogan ! 

Maklumlah sudah lama berkecimpung dalam industri seni, mak takde masa nak update blog, tak gitu nok ?

Industri seni ? Bila masa kau mula berjinak2 ni ? Ada ke producer nak ambil kau berlakon ? menyanyi ? berdansa ? 

Oh jawapan nya terlalu membuatkan anda akan berasa cepu cemas. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak memberitahunya okey. Takut pulak KIAH PROPA muncul kat belog aku nih, naya kau ! (okey. dah penat menipu ;p)

Mari i nyatakan sebab-sebab ketidakhupdatean blog picisan ini *tersipu malu*
  1. Sem 5 yang horror. (bak kata Juwana kan ? )
  2. Kalau dah horror, subjek pun mestilah menggerunkan.
  3. Justeru si pelajar juga berasa gerun untuk belajar.
  4. Sampai satu masa si pelajar ni berasa mahu berhenti sahaja dari semua ini. Tapi niat tidak boleh menghalalkan cara kan?
  5. Adakalanya serasa menjadi pesakit mental cuma seketika. Tapi keadaan kembali normal dengan adanya rakan-rakan di sisi.
  6. Di saat kita belajar bersama-sama, stay up sampai tak tido walhal esok kelas pukul 8,
  7. Makan sepinggan, semangkuk, sesudu gerepu, sebantal setoto, bedtime story, ehem !
  8. Jadi bila dibelek-belek masa untuk berblog dengan masa untuk belajar amatlah jurang bezanya. Tentulah aku memilih belajar sebagai keutamaan..(aku berblog pun bukan dapat duit. Owh humblenyaaaa ;p)


Masa , sila tunggu saya. Tak terkejar. Langkah saya terlalu perlahan.
Teman. Pimpin tangan saya. Bawa saya bersama gapai masa bersama impian ;)
Saya tak boleh hidup bersendirian.
Saya perlukan tempat sandaran.
Siapa lagi kalau bukan kamu semua kan ?