Thursday, April 28, 2011

BERSYUKUR

Alhamdulillah for 'it'.

Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak semestinya akan menjadi milik kita.

Kita tak expect pun apa yang kita inginkan tu tak dapat menjadi hak mutlak kita.

Itu lah yang dikatakan setiap manusia akan ada bahagian masing-masing.

Hidup ni bagaikan roda. Tak selamanya kita akan berada di bawah, dan insyaallah ada masanya kita akan berada di atas pula.

Pokok pangkalnya usaha kita.

Jangan salahkan takdir semata-mata.

Allah Maha Mengetahui setiap kejadian. Kita yang hanya mampu merancang, DIA lah yang menentukan segal-galanya. Redha.

Renungkanlah dalam diri kita. Apa kelebihan kita. Apa kekurangan kita. Apa kesilapan kita.

Jangan hanya mendongak langit, kelak merana jua kita akhirnya.

Bersyukur. Bersyukur terhadap apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Janji Allah dalam petikan ayat ke 5 surah Al-Insyirah, " Sesungguhnya bersama setiap kesulitan diiringi kemudahan dan kesenangan".


Allah tidak akan membebani hamba-NYA yang tidak mampu menanggungnya. Allah Maha Pengasih.




Tuesday, April 26, 2011

TOLONG AKU....

Assalamualaikum...

Hye... *menaip dalam kekaburan sebab overdose kemengantukan*

Boleh tolong aku ? Nak mintak pendapat je.

Di saat2 terakhir aku nak tamatkan riwayat praktikal ni *clap clap, aku buntu, perlu ke aku nak bagi any souvenier sbg peringatan staf2 ni kat aku ? HAHA. Bajet budak praktikal yang baik je.

Bukan apa, tiba-tiba terlintas kat benak otak ni, takkan la aku nak blah dari ofis dengan tangan kosong je kan (owh yang ni bukan bermaksud aku perlu kebas harta2 ofis dan membawa pulang ke rumah sbg kenang-kenangan). Maksud aku,perlu ke aku belanja dorang makan2, bawak dorang pergi honeymoon sbg tanda penghargaan sebab terima aku praktikal kat situ. Owh permintaan ni sgt melampau kot, bukan apa, patutnya dorang la yang kene belanja aku ye dak?

Antara sebab2 kenapa aku kata melampau, sebabnye urm sebab.....sebab.........aku mana ade duit..huaaaaa..takkan la aku nak meraung hiba mintak kat kakak aku, mak bapak aku siap peluk kaki dorang gara2 nak mintak duit utk belanja staf ofis ? ta memasal aku dibuang negeri karang. Hiperbola sungguh !

Nak harapkan Ptptn ? Da puas aku toreh, hanya tinggal saki baki, bagai mati segan hidup tak mahu. Hidup aku pun bagai berkais2 pagi petang siang malam, kata perot buaya kan?

Nak bagi mug ? Na bagi plug eh plag entah la aku pon tak tahu nak eja macam mana, bagi frame sebesar2 alam letak gambar aku untuk digantung di ofis (bukan utk di blacklist lah pasti). Ah malulah kalau gitu, nanti hari2 muka aku ditenung. Tak pun bagi plug/plag or watsoeva tulis nama bos n staf. Arghhh! Sempat ke ? Celah mana aku nak tempah kan ? haha

Untuk makluman staf kat sini semua kaum ADAM. HAWA hanya sorang sbg kerani. Jadik kene lah bagi yang memang betol2 cocok utk kegunaan 2-2 kaum ni kan. Entah la nyah ! Aku pun pening. Kesudahannya tak payah bagi pun takpe, tapi macam tak sedap pulak.

Senang cerite aku belanja cendol la. Yang special punye ! Mungkin berlaku penjimatan di situ. Haha. Tengoklah camne kan. Pisang goreng pun bole. Dorang kan kaki melantak......huhu

Mari2 semua rakan taulan sila bagi aku pendapat. Eh macam ramai sangat je kawan aku nih ? Tu pun kalo ade yang nak bace kan..sobsob...Tapi pendapat korang mmg aku hargai sgt *hug

Sunday, April 24, 2011

CONTEST SEMUA TENTANG 4


Assalamualaikum..

Hye... memang bertuah la aku kan sebab tersinggah blog kau wahai CHEMON.. dan memang nasib aku tiba2 ternampak kau mengetag aku saat aku kegersangan dan ketandusan kasihsayang idea. Oleh itu, aku haruslah menunaikan tanggungjawab sebagai orang yang ditag untuk memboloskan diri dalam contest ini..yahoooo yahooo..Apa lagi yang ko bole buat selain join contest je kan. T___T. Menangnya tak jugak. LOL ! Arghh persetankan semua tu.

Contest kali ni kacang je ah. Tu yang aku berkobar-kobar nak jawab soalan. HUH. Rase target semua A je dalam tangan. Amin..Kalau tak menang pun, anggap tu sebagai cabaran. Nak seribu daya, taknah dah ! Pergi main jauh2 sana. *tetiba.


 Hai Fiqa ! Saya lah follower baru awak. I dah follow you, you follow i balik yea. HAH. Memang nak kene pelempang kalau buat statement macam tu kan. Forget it. Just joking yeaaa. Jangan ambil hati tau. Nah belahlah dadaku kalau nak sangat..HEHE..Fiqa ni lah penganjur contest ni.



Let's start bebeh. Baca bismillah dan selawat banyak2 nak jawab soklan ni. Kata target A dalam tangan kn..
-___-'''. Bengong mu...

4 PERKARA DECRIBE ABOUT MYSELF ;)
i. Sangat suka makanan yang pedas tahap sampai keluar air mata syahdu nih.
ii. Pencinta merah. Merah itu cinta. Cinta itu love. cewahh.
iii. Aku suka gila minum dutchlady strawberry.nyunyum.marilah sihat bersama gueee.
iv. Aku duduk di kg Desa Temu Jodoh. Saja nak gebang nama kg. So, siapa2 yang tak bertemu jodoh lagi marilah jemput ke kg aku. Kan napeacepoyo ? Nanti aku masakkan gulai buaya untuk korang. owh! mables!

4 NAMA MANJE ;)
i. Manje. HAHA. sila jgn terpedaya.
ii. Haya
iii. caHAYA
iv. macam adik siti nurhaliza lah. (mentang2 aku pun ada taik lalat bwh bibir macam dia. -.-') LOL !

4 PERKARA BAIK HARI NI ;)
i. Aku bangun cepat wey. Clap clap..
ii. Aku sapu rumah. Aku basuh baju. Aku basuh pinggan. Aku basuh rumah. Aku basuh keretasorong (oh ini bukan aku)..
iii. Aku tolong pergi kedai, belikan alat tulis adik aku, lantas terus claim duit . Ah aku bukan kakak yang baik nak bermurah hati dengan adik sendiri. HAHA (aku tak suka org panggil aku kakak)
iv. Aku bagi kakak aku baju2 yang aku tak pakai lagi sebab..............dah tak muat...*nangis.

4 TEMPAT YANG AKU TERINGIN NAK PERGI
i. Tanah suci Mekah. *eh macam samalah dengan cik fara.haha
ii. Korea China Jepun. *spesies mata sepet macam aku. Mestilah aku nak cari geng kan..;p
iii. Jerman
iv. Pulau2 kat Malaysia sudaaa. Takyah pegi jauh sangat. Kot2 masa honeymoon nanti. Jimat sebab duit da banyak keluar masa kahwin *eh apa aku merepek ni -___-'

4 BENDA WAJIB BAWA BILA KELUAR
i. Henpon
ii. Purse. Atm card. Duit syiling. Lesen kahwin motor kereta. Padahal naik bas je kot. HAHA.
iii. Compact powder n lipbalm. Minyak kapak.
iv. Gula2. Apa2 kudapan yang aku boleh gigit dengan rakus~

4 PERKARA YANG SAYA BUAT SEBELUM JOIN CONTEST
i. Aku baru makan maggi dengan kepedasan tahap maksima. Na terkoyak taw bontot aku nih. Airmata jangan cerita. Tapi rasa betul2 heaven.
ii. Ratah sambal sotong.
iii. Tengok video kahwin Marshanda. Sangat gojes n lelaki dia owh *beberapa tangan*(handsome)
iv. Layan nasyid. Marathon balik cerita SEE U DI IPT by UNIC yang dah berkurun lama. Ttiba rindu. Nangis pon dah. Asal aku ni macam berjiwa lembut ni haaa??

4 RAGAM MANUSIA YANG DIJUMPA PADA HARI NI 
i. Manusia yang macam lipas kudung sebab kepanasan tahap mendidih2. owh itu sgt hiperbola.
ii. Pemalas. Ni pulak macam adik aku sebab dia baru nak basuh kasut time malam2 buta nih. huh.
iii. Kurang kasih sayang. Macam kakak aku sebab dia balik tanpa suami di sisi. HAHA. Na merengek2 dengan aku pulak. ;p
iv. Manusia yang sangat malu2 na luahkan kesedapan kek yang aku buat. erk . bole ke ni ?

4 MISI YANG KENE CAPAI TAHUN NI
i. Nak study betul2 sampai cemerlang. amin.
ii. Nak drive kereta dengan serius.
iii. Nak belajar masak.
iv. Taknak banyak bercakap. Senyum je. Kot2 ada yang terpikat. wiwwiit. *angan2

4 MANUSIA PALING SAYA SAYANG
i. Ibu bapa adik beradik dan ahli keluarga
ii. Rakan2 yang bijaksana dan dirindui
iii. Para blogger yang dikasihi. wahwah.
iv. Mereka yang menyappot saya sehingga saya berjaya kini. Macam award ABP plak *malu.

4 HABIT BURUK
i. Tido berdengkur. huhu. Taktau macam mana nak baik.huaaaaaa
ii. Kuat tidur.
Suka mentelahap banyak makanan macam tak pernah jumpa makanan yang sedapsedap. arghhh. Lihatlah pinggangku, rampingkan. (ni lah rahsia kejayaan, so, korang2 lepasni tayah diet2 da)
iii. Takde mood da nak LI.
iv. Suka bercakap dengan nada laod speaker. PUAS !

4 PERKARA YANG SAYA FOBIA
i. Tertidur dalam kelas lantas dikejutkan guru yang amat garang. mnggigil2 mak.
ii. Mangsa kerakusan aku sebab kaki ku berada di kepalamu. Janji dah tak mau tido ganas2 lagi wahai rumetku.
iii. Cicak masuk baju aku. euwwwwww....
iv. Makan nasi lemak terjumpa anak kuda laut. Haha. Geli tapi comel. saiz macam ikan bilis.

4 SEBAB JOIN CONTEST
i. Aku tengah rajin tapi kekurangan idea.
ii. Nak mencuba nasib sahaja.
iii. Habiskan masa sebab nak masuk ke kamar tidur sudaa.
iv. Dapat ramaikan kenalan kan..

P/S ; Lecturer nak datang melawat ofis esok. Takut. Bai. Nak tidur awal. Jangan mimpi ngeri dah la. Doakan yang terbaik esok..heeeee..

Opss. Nak tag kawan2 aku. Napeace. Alexa. Aisya.Nelly. Kida Sila jalankan tanggungjawab korang. Babai. ;)














Wednesday, April 20, 2011

TELEGRAM IKHLAS BERCAMPUR SEDIH

Assalamualaikum..

Assume saja zaman milennium ni kewujudan faks dan handphone belum muncul lagi, hanya telegram yang dapat membantu aku berhubung dengan kau.

Aku harap sebaik sahaja warkah ni sampai ke telapak tangan kau, jangan menjuraikan airmata mu itu walau setitis pun. Aku taknak emo-emo dah. HAHA..

Kelmarin, aku dapat khabar berita daripada kau mengatakan kau nak kahwin dah. Aku check-check notification dari facebook (wah! canggih nyah!), kau tagged aku kad kahwin bersama Kencang Kencus *tidak ku tahu nama sebenar pasangan kau nih*. Tidak semena-mena lagu "Pelamin Anganku Musnah dendangan Azie berkumandang.

Beb. Aku macam tak percaya kau dah nak kahwin. Macam baru semalam je kan kite bergelak ketawa, ketawa macam pontianak tibang-tibang *tiba-tiba aku teringat rambut kau*. Kalau kau tepon aku, aku tepon kau tak sah kalau tak pecah gegendang telinga aku nih. Suara kau dah la nyempreng(lantang), ni semua berpunca daripada kau, sekarang aku dah jadi sound trouble T___T

Kau selalu tipu aku, kejap kata nak kawin, kejap kata postpone, tapi kali ni kalau kau tipu aku gak, aku jotos kau, aku korek bontothidung anak tekak kau biar kau tak boleh ketawa tak ingat dunia. Biar lepas ni, kau tutup mulut je konon2 sopan *HAHA, aku dapat bayangkan dengan telapak tangan tutup mulut, badan bergegar je tahan ketawa, memang tak sesuwwwaaaiii*. Mesti seluruh alam sunyi sepi tanpa hiruk pikuk suara kau. ;p

Cepat gila okey kau nak kahwin. Kau kata nak habiskan Diploma kau, then nak jadi askar yang gagah perkasa. Okey fine, lepas kahwin kau dapat la jadik isteri yang gagah pada seorang suaminya *sila tepuk dada macam hulk*. Tapi kalau mianggatal  seru kau dah sampai, aku tak boleh nak kata apa kan. Aku mapu doakan yang terbaik je untuk rumahtangga kau. Mudah2an dipermudahkan segala urusan dari Allah.

Jangan nak ngengade lantik aku jadik pengapit kau.*tetiba.

Dah la. Malas na membebel pasal kau. Lepas ni dah ta boleh na contact kau selalu (selalu eh?) sebab mesti laki kau nak kepit dengan kau je. HAHA



Aku target umur 30 kau dah beranak sepuluh ;)

Sunday, April 17, 2011

TAKUT TAK ? TAK TAKUT ? OKEY FINE.

Assalamualaikum..

Hye..
Akhirnye kemunculan ku dinanti2jan jugak oleh korang-korang kan ? ;D

Semenjak 2 menjak ni kan, aku macam addicted taw nak baca kisah2 misteri, tak kisah la cerite hantu ke ape ke, janji misteri jengjengjeng. Misteri kat sini bukan macam filem A RAZAK MOHAIDEEN ATAUPUN AHMAD IDHAM taw. Ni misteri yang real punya.

Ni semua salah akak ofis aku. Kasihan dia dipersalahkan sedemikian rupa. Kalau aku dekat ofis ni, takde kerja, aku blogwalking, blogjogging lah mane2 blog yang aq suke. Lama2 jadik boring pulak. T__T
Akak ofis aku pulak bole terkeluar cerita yang kawan fb dia share cerita2 hantu, dia ape lagi, suggest la dekat aku suruh bukak page tu. Lama2 makin membuak2 perasaan aku nak terjah blog yang dikatakan berhantu tu. Mula2 bukak blog yang pasal KISAH MISTERI DI JOHOR BAHRU .

Memang mencabar kesabaran aku lah kan. Time aku bukak tu, staf2 ofis ni semua keluar sembahyang asar kt surau dekat2 tu. Hujan pulak memang lebat, guruh berdentam dentum, kilat sabung menyabung (mood cerita hantu), dgn petir lg,huh, kus semangat mak, ni memang aku tak tipu la kan, taw2 je aku tengah baca cerita hantu, saja la tu nak takutkan aku. Kuat gila oke macam rase ade halilintar. Nasib karen ta mati. Kalo tak memang dah lama aku terjun bangunan ni. Aku tak sanggup sorang2 dok bangunan gelap gelita, kang terbayang2 "kakak cantik"(na tulis kakak cantik pon aq jd parkinson.err).

Hah ! Ni klimaks segala cerita aku (eceh). Tak seram mana pon, Sementara aku tunggu akak aku balik dari dinner ofis dia, aku bukak la lagi blog yang seram meram tu. Baca2 sambil takde perasaan takut pun, aku baca just nak hilangkan ngantuk, tunggu akak aku sebab nanti nak bukakkan mangga gate. Almost 12.30 malam kot akak aku call sebab kejap lagi nak sampai. Aku terus cepat2 pegi depan, bukak grill pintu, biar terbukak luas. Berdiri punya berdiri dalam 10 minit kot, x sampai gak minah nih. Aq tenung jalan, aq tenung bumbung rumah jiran, setiap pelosok aq tenung, huh, masa tu aku tak terpikir pon ape2, sunyi memang sunyi, ttibe macam ta sedap hati,haha, amek kaw, bole terbayang 'benda2 alah' tu. Cepat2 tutup pintu balik then on tv. Dalam 5 minit baru akak aku sampai.

Akak aku ta mandi pon after balik tu sebab sejuk kot. Aku pun sambung la baca blog tu. Akak aq pon join. Last2 aq tertido, akak aku pulak baru na sembahyang, then matikan lampu. Time tu aq da berdengkur pun.
Akak aku rasa ta sedap hati dia amek yassin, letak bawah bantal, dia macam terdengar bunyi ape ntah, tataw na describe macammane, baca ayat Kursi banyak kali, telinga ngan kaki rasa macam panas, dalam setengah jam baru hilang n bacaan akak aq pun makin lancar, kalo tak, tadi rase tersekat2.Hilang bende tu pon lama gak dia ta dpt tido. Na kejut aq, gerenti2 aq ta bangun T___T..

Balik kampung, cerita kat mak aku. Mak aku membebel lah kan. Dah la akak aku tu pregnant, berani kaluar malam2, takut pulak mak aku kata mungkin pelesit (kot)..Akak aku tu pulak makan dekat KUKUP. Sape taw tu memang oke la. Akak aku kate otw na pergi sana dgn member2 dia pon byk kali sesat kwsn pun perkampungan, nama kampung tu kg Mandela, agak seram la. Aku pulak bole tanya dia after dia balik dinner tu, ''dalam terang2 tu ko tak nampak ke apa2 terselit''. cabul betul mulut ! Serik !

P/S ; Nak baca lagi ? Try singgah blog SINI. Banyak lagi yang menarik. Blog ni pun dari stesen RIA singapore. Dulu aku rajin dengar, tapi tak selalu pun. Tepat jam 12 da bukaak.Tapi, jangan terlalu takut,,, jangan terlalu berani, just baca sekadar untuk pengetahuan dan panduan. Okey. Aku na cabut sekarang. Doa banyak2 janganlah kita dipertemukan dgn benda tu. Takut semangat jatuh. huh ! *tepuk2 dada.

Ketakutan lantas terus meletakkan watermark di tempat tak sepatutnya.;p
(first time pakai shawl nak pergi ofis.)

Wednesday, April 13, 2011

PERKARA YANG DI ANGGAP RINGAN TETAPI MENDATANGKAN KESUSAHAN

Assalamualaikum..

Hye..

Apa yang aq nak kongsikan ni diharap dapatlah kita jadikan panduan n
 memperbetulkan mana yang silap oke ;)
Sumber rujukan dari buku motivasi ape ek. Ade gak hadis yang membuktikan kesahihan tu, tp minx maaf la , aq dah lupe sebab dah lame salin bende ni. Memang banyak perkara yang kita anggap remeh, tp ta tahu bende tu boleh dtgkn kesusahan pd kita. Ade certain yg aq listkan ni memang confirm2 kite dh taw. Dah, jom cekidout !

1. x menunaikan solat. Yg mane lalai n terlambat / sengaja tu pon mudah2an dpt diperbaiki.

2. x bace bismillah time nak makan. Haiyookk korang, setan berjoget2 atas pinggan tu ;p

3. Makan pakai pinggan terbalik. (ade jugak  ke org mcm ni?)

4. Pakai kasut dgn kaki kiri dulu. (Ni slalu aq main sarung je kalo na cpt!)

5. Selalu menganggap ringan ape yang terjatuh lalu tmasuk dlm pinggan mknn.

6. Bersandar di pintu rumah. (Tunggu kak limah balik ea?;p)

7. Duduk atas rumah tangga.

8. Biasa cuci tangan dalam pinggan yg selesai dimakan hidangannya.

9. Wuduk di tempat buang air kecil. (alamak! cmne ni..slalu/hari-hari)

10. Basuh tangan dengan tanah / bekas tepung.

11. x bersihkan rumah sampai rumah tu jadi tongkang pecah ! eii, sanggup ke duduk dengan tikus yg meliar2 dgn ekornya yg panjang tu. ? brrrr

12. Bersihkan rumah pade waktu malam.

13. Bakar kulit bawang. ( baru taw ni )

14. Jahit baju yg sdg dipakai.

14. Lap muka dengan baju. (cmne plak kalo lap air mate yg jatuh ke muke ngn lengan baju kurung kedah mcm cerite wan maimunah tu ? hehe )

15. Bercekak pinggang sambil berdiri. (byk kali buat ni.aiyoooo)

16. x pakai baju waktu tido. (lelaki selalu buat kn ?)

17. Makan sebelum mandi hadas. Maksudnye dlm 2 3 minit sblum korg na mandi.

18. Tergesa-gesa keluar masjid/surau after solat subuh. (Ni selalu buat mase kt hostel dulu sebab ta tahan ngntuk tahap gaban.)

19. Pergi pasar sebelum matahari terbit.

20. Lambat pulang dari masjid. Jangan melencong sudah la..

21. Doa perkara yg x baik utk ibu bapa/ sanak saudara.

22. x tutup makanan yang akan dihidang sehingga waktu mkn.

23. Padam pelita/api dengan nafas. (pasni bole pakai kipas raku2)

24. Buang kutu yg masih hidup dekat kepala. (buang la mse da ade kt tpk tgn ke, etc)

25. Basuh kaki dengan tgn kanan.

26. Buang air kecil pade air yg mengalir.

27. Pakai seluar sambil berdiri . (aq selalu buat nih -.-')

28. Pakai serban sambil duduk.

29. Mandi junub di tmpt buang air kecil/najis.

30. Makan dgn 2 jari.

31. Jalan di antara kambing.

32. Jalan di antara 2 prmpuan. (Ni aq tataw situasi cmne...)

33. Suke main janggut. (Jage2 wahai lelaki.)

34. Letak jemari tgn pd bhgn lutut.

35. Letak tapak tgn pd hidung.

36. Gigit kuku.

37. Dedah aurat di bwh sinaran matahari/bulan.

38. Menghadap kiblat ketika buang air kecil/najis.

39. Menguap ketika solat. (aq selalu ternguap. ngntuk sgt.huhuhu. lg2 time isya' / subuh)

40. Meludah di tmpt buang air kecil bsr.

 Wallahualam..mudah2an perkongsian ni dpt bawa kebaikan pd kite semua oke...tegurlah aq kalo ade kesilapan. Same2 kite beramal yer kwn2 ;)

P/s ; Got to go. Cendol mari. lalalala..sedapnya makan time panas terik memancar2 ke pelusuk ati aq. HAHA

Monday, April 11, 2011

TIDAK DIGALAKKAN/ / JANGAN BACA. grrrr

     Langit yang redup. Hembusan angin yang sepoi-sepoi berbahasa. Burung berterbangan mengembangkan sayapnye, berkicauan mencari rezeki di pagi hari, dan apabila kenyang, ia melemparkan tahinya jatuh ke bumi, lantas bertembung dengan sang manusia yang sedang terkocoh-kocoh berkejaran memasuki office. Uarghh. mengape aq yang kau pilih wahai burung ? Habis seluruh tudungku yang putih sesuci embun pagi ini dicemari dengan tahimu yang euwww bercecairan hitam putih. bluwekkk.

   Assalamualaikum dan hye. Intro yang ditaip dengan penuh rasa amarah dan perasaan bercampur gaul menjadi satu. Menyesal tau sebab kenapa masa spm bm aq ta secemerlang kata-kata indah seperti di atas tu. -.-'

    Entri kali ni sangat panjang. Maybe bosan sikit. Tapi tidak bg aq la. Semalam time tunggu akak aq amek aq dari ofis, kan kene tunggu sejam (=.=) , termenung punye termenung tetibe teringat/rindu dekat budak2 dorm masa kt teknik. Pejam celik pejam celik dah 4 taun mase berlalu kan (entri agak poyo). Ni yang tetiba lagi timbul idea nk create entri yang agak nostalgic ni. Tapi just na cerite time Form 4 je. Tu pon rasenye dah panjang sangat. Time Form 5 malas na cerite sebab lagi lagi panjang lah kn. Takpe, pengalaman ni sume bukan boleh berulang lagi dan biar dy kekal dalam blog ni. Nanti kalau aq dah tua2 penyakit nyanyuk dtg, abes la sebab memory card sume dah luput . Nt boleh share dengan cucu cicit aq skali (cliche). -___-''''''''''

   Malu plak aq na cerite. Tutup muke pakai baldi ;p
Aq nak wat kategori lah. Senang sikit. =D

29 Januari kot 2007 start aq masuk hostel teknik pontian (ta ta wujud . tayah susah2 na pakai gps lagi oke. da slmt jd matrik)
Mase orientasi arghh tanak la igt balik sebab ape taw aq macam selekeh sangat je. Ye r, baju ta ber iron. Eii, berkejaran sana sini. Blur tersangat blur samapi senior aq cakap aq ni poyo. Cis ! Tapi ape de hal kn, nme pon orientasi (euwww!). Budak dorm 14 org, 7 senior 7 junior. Aq dapat cop katil bawah. Hilang sikit takut sebab ramai betul mulut puaka cakap katil atas memang banyak berpuaka. HAHA. Siapa yang tido sebelah aq memang bertuah la sebab aq boleh nyanyi waktu tido (berdengkur kroookkk) untuk dy, ta ke bes namenye tuh. Aq ingat lagi waktu riadah membe aq nih nangis nangis kaw sebab ajk riadah tu jerit kawkaw punye kt tlinge dy suruh nyanyi kuat2 lagu sekolah, mmg giler sebab mane hafal weyh, bagi mse pon kjap plak tu. Nasib aq ta kene, da jadi parkinson aq time tu sbb ketakutan. huh ! igt baalik kt akak tu aq jadi seriau. brrrr..jln itik, jd maskot didgi and bla bla bla...ntah pape jer.

Dalam dorm


Dorm aq memang strategik ah. Betul2 berbelakangkan tangki huahuahua. Tangki tu memang banyak pompuan cantik suke lepak. Tapi malam2 la. Ntah. Ta pernah plak jd kt dak2 dorm aq.
Dorm aq plak betul2 kat penjuru, bersebelahan utan, ade jln kt luar memang jadi laluan masuk kuar masuk warden naik kete mahupun motokar. HAHA. Kawan aq memang kne sound  habis2an sebab kalo after blik kelas masuk dorm, langsir yg menghadap utan kene tutup, membe aq ni pon satu dahla ta tutup langsir, pakai singlet je angkat ketiak, cabut bulu, sandar kt katil, memang kebetulan warden yg dibenci teramat sgt lalu kt luar tu. Memang rezeki dia la dpt tgok free show seterusnya menghamburkan kata2 dusta kt membe aq. kesian. HAIHHHH

Memang nasib kitorang la kn dapat senior ngn ahli2 dorm yg sume kepala macam putus fius. Ketawe kalo bole nak sampai ASPURI tu runtuh ! Bersin lagi tayah cerite. Orang yang tengah sembelit pon bole terkeluar t**k bile dengar senior aq tu bersin. Banyak kali jugak kene aim/sound ngn warden tercinta tuh. Ade la satu malam , sabtu malam ahad kot, mmg jadi malam yang huhahuha bg kitorang, akak dorm aq plan malam ni kita pakai seksi2 (ta seksi mane pon just pakai singlet tali halus) tapi diorang je, kitorang yang junior masih suci, pakai shirt je, then snap gambar buat muke menggode then tampal la kt dinding kn. Arghh, kebetulan la slps bape ari kantoi ngn warden, time tu ade spot check (mmg salu buat. sgt benci. dah geledah2 bukan na kemas blik), gambar kitorang kene rampas n ketua dorm kne panggil kt bilik warden.huahuahua..Aq tengok gambar tu pon bole terjojol mate aq tgok aksi diorang..HAHA..

Ketua dorm aq ni byk punye sengal (sengal2 pon pandai), dia kutip dari mne ntah sign/board TANDAS UNTUK LAKI then dia tampal kt pintu dorm. HIHI..Pagi2 sebelum pegi kelas kne kumpul kejap kt court sebab ade check dorm. Warden terjerit2 panggil dorm kitorang DORM 11 MNE ? maka naik la sorg wakil dorm  ke atas. Tadah telinga je la. TAW TAK DIA SURUH CABUT BALIK BENDE TU GUNE GG..membe aq da ketakutan ta pasal2 dia yg kne...banyak kali kot warden tu jerit2 sampai na kuar anak tekak. diam2 suda. tp last2 cabut pakai tangan jerrrr. kecoh r.

Belum habis lagi, after prep malam, masing2 perot macam dinosour. Berlari2 keanakan la kitorang menuju ke co-op berhampiran na grab semua makanan yg dijual lagi2 burger ngn ais kotak. Beli yang keras2 nt ramai2 duk bulatan ketuk kat lantai sampai pecah la ais2 tu. mmg haru la kn. Sebelah dorm aq bilik prep, selalu kene sound ngn dorang malam2 tido la, tapi x pon, cerite la ape2 pon sampai lebam mulut ni ketawe terbahak2 ganggu org na study kt sblh (konon je study). Yang besnye dok sblh bilik prep ni, (prep utk senior, junior kt dewan makan je), senior aq slalu seludup kuar masuk prep, sebab ade pintu tembus ke dorm, rse2 malas na prep, tido jela, asalkan tade warden or ajk yg pasan. Waktu prep ta bole g mane2 melainkan tandas je. huh bosan...prep pon bukan study, ronggeng2 je lbey..

Ari ahad memang kene gotong royong, slalu skip. Ni semua ajaran senior aq. tp bile kene gotong royong dalam dorm, abes la sume gerobok di selongkar na kene kemas ape yang ta patut. Senior aq mmg pantang tengok EH APESAL GOBOK KO BAU BUSUK EII BERSEPAH BANYAK NYAMUK EII ADE MAKANAN DALAM GOBOK BAJU. Maka haruslah gerobok tu dikemaskan secara beramai2 sebab empunya gerobok ta suke kemas gerobok sendiri (bukan aq oke !). Aq suke time sabtu ahad, wahh meriah la budak2 dorm sebab mak bapak dtg, outing la itu ini, banyaklah makanan yg dibekalkan sampai ta termuat lombong perot ni. Makanan dah la byk2 n sedap2 macam hari ni last untuk makan dalam idop. Nak2 time bulan puase balik rumah n blik hostel blik. Macam dunia ni kitorang yang punye hanye kerana makanan yang masyaallah terlampau banyak. Syurga makanan. Tapi kalo da lapar sgt mmg macam biawak kelaparan -.-'

Dorm aq memang rajin tetamu na menumpang tido. Satu malam budak dorm aq yg tido katil atas blik kg emergency. Kawan senior aq tido lah katil dia. Katil yang berhadapan tu, dak dorm aq, tp dia dah tido awal sebelom kawan senior aq dtg situ. Dia terbangun mamai2 pukul 2/3 pagi gitu lah kn. Gigil2 badan dia sebab EH APASAL TIBA2 ADE ORANG KT KATIL DEPAN NI, MURNI KAN BALIK UMA. dy memang takut tahap gaban tdo balik sampai peluh2, sape yang ta takut, kawan senior aq tu tido berselubung tegak je plak tu pakai comforter putih. Pagi2 kene bahan ngn kitorang je bile dia cerita balik..HAHA

Bulan puasa, banyak betol kejadian curi mencuri ni. Kalo ta silap aq dalam dorm aq 3 orang yang terkene termasuk aq. Tapi aq punye la yg paling sadis. Banyak tu duit aq sampai dy ta tinggal sesen pon. Mne taknye, dengan dompet2 aq sekali dy kaut, IC apetah lagi kn -___-'.....Duit aq tu akak aq bagi sebab dy tade duit kecik, bagi la duit besaw, nt dah de balance bagi la dy bile aq blik kg. Tapi memang ta merasa la aq kn sebab ta menyempat, penyeluk saku tu da kaut dulu. Kan aq da cerite keadaan aq memang ta terurus giler. Menangis 24 jam 7 hari 7 mlm (kot~). Ye r, aq mne pernah kene kecurian ape2 sblom ni kn, mmg bagi effect yg besaw betol. Pelik kan, semua bacaan yassin, al-quran da dibuat satu aspuri untuk sape2 yg pernah kne kecurian tu, minum air bacaan, tp ta berkesan jugak, mungkin Allah belum na tunjukkan sape yg benar2 jd pencurik tu kn...tp aq memang dah aim seseorang, tataw plak yg lain macam mne kn, aq de ckp ngn member aq yang sorang ni je, dy pon syak org yg same. Sebab sume kjadian dlm dorm aq, kt situ ade 'dia'. Wallahualam...

Eh. Setakat ni jela aq na cerite. Penat la na taip byk2 lagi. Aq bace blik pon berpinar bijik mata. Memang terlalu banyak lg kenangan yang tercoret kn. Tapi bukan semua boleh kite cerita blik.
Orang pon cakapkan bukan semua kenangan tu manis je, tetap ade yang pahit, orang yang baik pon bukan 100% baik, tetap ade buruknye. Tapi biarlah kite amik yang baik/manis shj, yg pahit/buruk tu biarlah kita simpan sendiri dan boleh jadikan pengajaran. Apepon korang, Kak Syue, Kak Ekin, Kak Shima, Kak Pipot, Kak Kecik, Kak Ieka, Kak Anis , Adeq, Ina, Eija, Bunge, Janah, Murni 1 Miss u all lah. Baik buruk kite pon, kite tetap pernah jadik rumet kn..teeheee..

P/S ; Wife staf ofis ni eksiden lagi. Kali ni langgar vavi plak. Sampai ta sempat mengucap babi tu. Berlumuran darah. Kene samak la nmpaknye kereta tu. Padehal dengar cite sebelum ni pon ade eksiden. Kene samak ngn mandi bunge skali. HAHA... Alhamdulillah wife dy ta ape2...

Thursday, April 7, 2011

25 jer ?

Assalamualaikum..

Hye. Meh cni duduk dekat2. Na taw rahsia x i kekal ramping sehingga kini ?*nak kne pelempang jepun agaknye pompuan nih...

Haha. Bukan itu yang aq na cerita. Nak ramping macam kerengga? Macam gitar ? phewww...Dr berambut Cendawan kan ade. Toksah na cerita2 bagai. Buang air liur je. Buang duit tape.

Oke. Kite tinggalkan kisah doktor berambut cendawan itu. Biar dia main jaoh2 sne.
Sape na taw facts about my empunya blog ini *keling..

Nape 25 je ? eh. itu cume propa. Tengok lah. Kalo aq rase na tulis lebih berkenaan diri aq, aq tulis sampai tade titik noktah pon bole. Huh. Bajet macam orang na taw sgt je..Tape la. Menjawab sebelum bertanya kn lebih afdal *tetiba

1. Memiliki aset mata yang sepet sebab berkacukan korea cine kopet-jawa toktok. ;p

2. Sambal/makanan pedas ibarat makanan ruji. Kegemaran yang hakiki. Merah menjadi pujaan hati yang abadi. HAHA

3. Saiz kasut adalah saiz 8. *nangis. Saiz tangan ibarat model Ridsect. Berani ?

4. Tak pernah lagi mempunyai kekasih hati sejak azali. Kekasih hati yang orang buat na kawen tuuu....taw ? Sebab hidup menyendiri kan lagi hepi. Na berfoya-foya pon tenang je~

5. Peminat novel HLOVATE. bukan A. SAMAD SAID. bukan juga OTHMAN PUTIH. eh sape ni ?macam pernah dengar....

6. Pernah menyandang gelaran/jawatan/anugerah RATU TIDUR akibat kemelampauan kemengantukan kerana first time duduk asrama semasa bersekolah teknik. Tapi berjaya menyandang sehingga berada di tingkatan 4 shj. Yang peliknya, bermula dr situ lah bermulanya titik kecemerlangan akademik aq sehinggakan senior aq tanye ''ko ni belajar dlm mimpi ke?''. Tapi lagi, kenape tingkatan 5 bermula titik kejatuhan aq walhal mate mula cerah segar dan bugar. Ini tidak adil ! *hentak2 kaki. oke. terpanjang.

7. Sangat tidak suke bersukan. Sukan ibarat musuh ketat. Ketat. Ketat sangat2.

8. Sangat berdendam dengan HEAD &SHOULDERS ! Dia telah buatkan mahkote aq ni jadi kejung. GERAM.GERAM.GERAM.

9. Sangat penakut. Tapi penakut2 aq, berjaye gak buat kawan aq menangis hiba sebab aq takutkan dia. Hei, mne bole jadi penakut sorang2 kan. mesti na berteman. Kate berat same dipikul..hihi

10. Lebih prefer menyopingkan diri dengan membeli beg daripada beli baju.

11. Ta pernah merasa nak memakai heels. ekau gilo? tinggi aq je da mencecah 168+++...lainlah kalau na jadi manusia berkaki kayu yang tinggi2 tu.. T___T

12. Aq dan susu ibarat langit dengan bumi. Sekali ingin ku gapai, sekali hati ku meronta2 untuk melepaskan diri. Mulutku ta rela disuap dengan minuman yang super innocent tu. Namun ku lihat tulang2 ku semakin rapuh, sabar je la tulang. Aq ta mampu mengikut kehendakmu itu. yerkssss..

13. Akak aq cakap, kalo aq cakap suara macam petir ..sedih.

14. Masa kecik2 dulu, aq suke bermekap, habis kale Luna yang mahal tu aq kerjakan. Bile da pendek separas jari kelingking, truz buang, kepercayaan zmn jahiliah, kalo pendek lebih dr jari kelingking, mak korang akan mati cepat. kuang asam. tahayul sume tuh ! zaman kanak2 otak innocent..satu2nya propaganda yang berjaya menumpaskan aq~

15. Menghitung hari. Lagi 15 hari je lagi aq habis praktikal kalau tolak sabtu ahad. Yeayy!

16. Na beli kereta SWIFT. Tapi........................duit ptptn yang berzillion3 tu siape na bayar? tolong jawab.

17. Kagum dengan orang yang pandai memasak. Mereka da bole kahwin. Aq bile lagi ? eii..gatal.

18. Suke berkawan rapat dengan ekon. Orang yang memiliki ekon ibarat jutawan. hiperbola sungguh.
sejukkkkkk...suke membayangkan kipas raku2 tu sbg ekon. maaf lah. ta mampu na memiliki. HAHA

19. Ni tarikh keramat. 19 oktober. ingat. Mule menabung dari skunk. Kelak empunya blog ini juga yang untung. Saye maw yang besar2 punye ye halim. wang besar wang besar...;D

20. Ni umur saya (?). Tolonglah percaya. Kalo genap tarikh di atas maka benarlah tekaan ini. Saya pon hampir tidak percaya. Sile lah kire sendiri. Tiada bantuan talian hayat.

21. Da bole mengundi erk ? Na undi siape? S. samy vellu ke ? S. muthusamy ?

22. Hampir kesemua baju kurung yg ta berapa na dahulu kala tidak muat lg untuk dipakai disebabkan perubahan ketinggian aq. Sila percaya. bukan disebabkan kegemukan. tidak sama sekali. T__T

23. Dulu bile ditanye oleh mak dengan akak2 aq ''diri aq ade berape'' mesti aq kluarkan album..kire seberape banyak yang bole diri aq. Mesti jwpnnye lbih drpd satu. phm ? LOL !

24. Masih berdendam juge dengan pencuri wang saku aq semasa di teknik. 7 hari 7 malam aq ta terurus. macam Kak Limah. Ta caye, ce tanye member2 dorm aq. huh

25. Huh. Gigih aq marathon akhirnye sampai jugak 25. Penat taw memerah otak. Nothing interesting bout me kn. Sungguh membosankan.. Ape yang menarik pasal korang? i nak jugak taw...hihi


Jangan sesiapa cuba bermain api ngan aq. ;p




P/S ; Sape yang percaye entri sebelum ni ? Tu sume khayalan belaka ;p

Wednesday, April 6, 2011

AKHIRNYAaaaa....

Assalamualaikum..

Hye..hoi..lame sudah aq berpergian, akhirnye aq kembali ke pangkal jalan T__T
Blog ni memang ta bole dimanja, kelak memakan diri *ttiba
Nampak noeee menipu. Padehal dah ketandusan idea la tuh. Alahai, bajet entri2 terdahulu macam hot sgt je na sebut2 'idea' ituuwww..

Aq sedang menghitung hari. Hari demi hari. Tak sabar mak. 

Banyak betul agenda dalam kepala otak ni.

Cuak. Kecut. Cirit. Birit. *eh eh.

Ce cite ce cite.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-


Ni rumah baru. Snap dari pandangan 3D *ceh
Tunggu mase na pindah ke sini. Best. Tapi takut. Rumah besar2 bukan banyak hantu ke ? Alah. Setakat kak limah tu. Ajak main enjit2 semut je pon bole. Dah la tepi bukit. Nanti bole ajak kak limah terbang2. 















P/S ; Sudah la tu. bawak2 ngucap. Angan2 kau tu x ke mane kalo asyik dok berangan jek. HAHA