Sunday, December 23, 2012

3 Hari terbang !

Assalamualaikum...

Amboi kemain lama blog ni terkapai-kapai di lautan tak bertepi. Baru hari ni terbukak pintu hati nak update. Setelah seharian bertapa di bilik air. Memberus, menggonyoh, bercucuk tanam, maka barulah berkesempatan nak online. Gigihnya aku demi pembaca blog yang dikasihani *walhal tulis sendiri, baca sendiri* kahkah.

Kondisi aku sekarang macam nak demam. Gigih ko, seluruh badan aku lenguh-lenguh setelah 3 hari memungut hasil hutan, berpeluh sakan basuh baju, tetiba demam ni macam nak baik dah. See, badan aku ni faham perasaan tuannye, dia tanak manja-manja dah, demam segala, nak makan ubat eii terima kasih jelah.

Ceritanya gini jemah....

Kitorang anggota SISPA (pertahanan awam) pergi camping hutan jauh nun kat Setiu *nak sebut ni muncung kena berdepa-depa*. Hoi musim hujan ni memanglah cari pasal bercamping bagai. Entahpape. Masa nak bertolak dari Umt ni pun dah hujan lebat. Sejuk weiii..

Dalam 2 jam gitu, sampailah tempat yang dituju. Tak suka okey dengan ajk-ajk ni semua. Muka nak ketat, tak menyabar. Cakap nak jerit-jerit je lagi-lagi yang pompuan tu. Yang lelakinya suara humble sangat T__T. Kesian siapa yang kahwin ngan dorang ni, malam pertama tak boleh nak romantik-romantik cakap slow-slow dalam kelambu, tak pasal-pasal laki dorang mati terkejut asyik kena tengking hahaha sempat je aku ni ~

Air terjun kat situ deras MasyaAllah cantik pulak tu ! Puas dah berendam sakan. Hari pertama tak best sangat sebab hujan, semua aktiviti tergendala. Konon-kononnya nak buat water-confident, harapan la..... Pastu kitorang semua kena tolong-tolong kppek bawang, tapi.....pakai tangan je, kopek la pakai kuku, sampai pijau-pijau tangan.. ko hadoo??

Tidur kat khemah pun macam tido dalam air. Belum masuk lagi bau badan masing-masing owh my... tapi bila dah ngantuk sangat kisah pulak kan aku.. Memang sepanjang duduk sana, baju ko basah jelah, hujan kan?

Hari kedua. Go on macam biasa. Jungle trekking yeah ! Di sinilah bermula kisah bapak-bapak pacat mula menaungi hidup manusia. Geli okey..Memang adventure gila sebab jauh bilalah nak sampai-sampai ni, tak tahan dengan pacat yang macam utik-utik tu yang panjang besar kemain berebut-rebut masuh dalam kasut nak hisap darah manusia. Aku dah dapat 6 kiss dari pacat-pacat ni semua. Sebelum hisap, kurus sungguh, bila dah hisap jadi gemuk pemalas nak utik-utik dah. Darah memang tak benti-benti mengalir sampai malam, heiiiii menggerutu bila pikir. Nak cabut dia dari kulit tu masyaAllah geli takut semua ada. arghhhh ! terpaksa jugak buat. Membe aku tu haaa pacat tu boleh pulak gigit jerawat kat dada dia, padahal pakai tudung ni. Sabar jelah T__T .Ni aku tengah menahan rasa nak garu-garu bekas gigitan ni. Habislah kulit yang halus mulus ni muahahaha. Dengar ceritanya, malam hari kedua tu nak buat night walk dalam hutan jugak, semua dah cuak, siang nampak pacat pun dah macam nampak Kak Limah, apatah lagi malam kan..

Namun malam pun menjelang tiba....

Bunyi seram.

Pukul satu pagi kami dikejutkan dengan suara makhluk. Eleh ingatkan tak jadi. Ura-ura kata nak main burung hantu. Apakah-apakah..

Tapi kena night walk jugak. Gerimis mengundang, takpe lagi. Apa jadah hujan-hujan nak pergi night walk dalam hutan gelap gelita tu weii, dah lah tak boleh bawak torch light. Redha.

Rupa-rupanya night walk dekat jalan raya je. Huaaaaaaa...di sinilah bermulanya peristiwa...

Kitorang dibekalkan setengah batang lilin untuk 1 jam 45 minit perjalanan. Memang tak la kan lilin tu nak bernyawa je sepanjang jalan. Dekat check point pertama. Soalan tak dapat dijawab, kena denda ar apa lagi. Kena baring menelentang, guling2 sampai 10 pusingan. Masing-masing terkocoh-kocoh buat dengan uniform nya lagi, kasut boot yang berat Ya Allah. Dan dan aku yang baring depan sekali, golek punya golek dumb ! Aku langgar apa ni. Perasaan masa tu macam baru lepas eksiden. Serius macam kena langgar apa. Blur-blur nak pengsan over tau. Terhantuk dekat dinding yang aku ingatkan lopak besar kat jalan. Rupa-rupanya LONGKANG !

Longkang weii. Aku tak tau masa tu nak nangis ke, nak ketawa..hahaha..Sakit okey terhantuk, habis dagu aku calar balar macam kena cakar kucing, bibir berdarah, gigi bersepai (okey ini tak lawak) . Gigi arnab aku tersompek sikit, gigi taring terkopek jugak. Aku dah tak fikir apa masa tu melainkan nasib gigi aku. Memang rasa gigi dah bergoyang-goyang, tetiba teringat bino punya gigi T___T nak kunyah pun ngilu-ngilu lagi. Kedengaran agak ngeri kan. Nasib masa tu gelap, masing-masing tak perasan aku masuk longkang kecuali akak ajk yg cissss tu huh! Sepanjang perjalanan nak habiskan check point tu asyiklah meraba gigi muahaha.

Okey. Dah habis semua check point dalan pukul 2.45, kebetulan kitorang group pertama bergerak, terpaksa tunggu group lain sampai pukul 5.30. Sementara tunggu, duduk lah berbual berice breaking dengan group 2, part ni best, semua kaki merapu keluar. Sampai satu masa masing-masing terdiam. Ngantuk mungkin. Bayangkan masa tu dah hujan rintik-rintik, Kitrang tau dah, kalau dah mula hujan, takkan berhenti punya. Kitorang semua duduk atas jalan, redha jelah duduk dalam hujan 3 jam okey 3 jam !. Rasa macam nyawa-nyawa ikan je masa tu kena hujan yang maha lebat. Allah. Sampai rasa nak demam segala, memang pengalaman pahit betul. Sejuk sangat sampai nak bercakap pun laga-laga gigi. Silap hari bulan semua kena sumpah jadi peti ais.

nak jugak tunjuk bukti calar balar. Abaikan mulut yang tengah berkemam tu. Dan tahi lalat yang sungguh ayu terletak. Awas ini bukan cik jurujerawat.

Hari siang. berendam dalam air. walaupun macam dugong. Tetap sopan orang kata. haha. Memang best sejuk-sejuk hujan berendam lagi kan.

Aktiviti diteruskan dengan flying fox. Oyeahhh ! Bestnya tak pernah cuba kot.Tapi yang ni pendek je, tak puas la nak pejam-pejam mata. Ko pejam mata, bukak-bukak je dah sampai. Sangat tak best, Turn aku, kaki panjang sangat kan, nak berlepas tu habis kaki aku mencantas dahan-dahan pokok, pastu siap berpusing-pusing bagai tali aku ni..kang tersangkut kat pertengahan siapa nak selamatkan aku, dah lah tak kahwin lagi T__T

Overall, semua aktiviti best ! Makan masa camping macam biasalah, macam pelarian, cangkung, duduk tepi longkang (alergik dah dengar perkataan ni), makan jemput-jemput macam gigit tayar basikal. Sadis. Tapi bersyukur ada jugak makanan yang boleh dimakan :") Harapan lah kalau nak cantik-cantik dalam hutan kan lagi-lagi time hujan, sembahyang pun dalam keadaan orang yang tengah survival. Tak mandi 3 hari pun tak kisah bila bau deodoran yang harum mewangi, sapu deodoran pun tengok kesan dekat stick warna hitam. Nampak tak permainan selama 3 hari tak mandi di situ ?

Part yang tak bestnya tengok perangai ajk-ajk. heh berapa kali nak mention ni ~

As usual, mestilah takda gambar. Semua tumpang kamera orang. Kesian korang. Mesti rindu aku kan. 









Wednesday, December 5, 2012



Bicara dalam hati, kadangkala membawa damai, kadangkala boleh merosak jiwa.
Perlukan seseorang untuk meluah isi hati. Tapi tatkala berhadapan, kosong. Seperti lupa apa yang mahu diperkata. Entah. Mungkin sudah menjadi kalis. Sengsara. Simpan dalam hati. Sakit hati, di kemudian hari, hilang sendiri.

Aku menangis. Kenapa orang lain bisa saja melontar isi hati. Egoiskah aku. Kononnya mahu menjaga hati. Tetapi akhirnya hati sendiri terluka bagai ditusuk belati. Tajamnya, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Kepada Allah aku menadah. Mengadu. Memohon keampunan. Mungkin semua ujian oleh-Nya untuk menyucikan dosa-dosa kecilku. Dia menegur aku. Jangan kau bimbang. Tepuk dada, tanya iman, tidak cukup kuatkah kau tempuh semua ini? 

Sudah lupakah kau, bukankah Allah turunkan ujian buat hamba-Nya yang kuat memikulnya? Dia sayang kau. Sebab tu bila kau keseorangan, kau berasa selamat. Allah perhatikan. Allah lindungi kau. Ya. Aku dapat rasakan. Jangan kau ambil pusing kata-kata anasir. Jangan kau peduli ketidakpedulian orang terhadap kau. Pentingnya bila kita peduli dengan Allah, inshaa Allah Dia peduli dengan kau.

Wednesday, November 28, 2012

Luahan hati insan kerdil (kerdil ke kendil?)

Assalamualaikum..

Lamanya hoi tak update blog. Kesah pulak kan ada orang baca ke tak. Aku update, aku sendiri yang baca muahaha. Omel tak kittewww ? T__T

Memang cantik timing setiap dua bulan sekali baru aku update. Nampak la kehidupan aku yang tak menarik ni. Eh tapi kalau bab belajar memang menarik *tapi belajar memang menarik* menarik (jerit seolah-olah dalam sebuah bilik yang bergema). Kena paksa ni, kalau tak malas kemain. 

Tengok markah hubungan etnik untuk mid term ni menambahkan sesak di dada. Strictnya lecturer kita orang bagi markah. Down sekejap. Nampaknya final ni kena gigih untuk dapat A. Ko bayangkan jah, setiap inci, sudut, ayat kau buat dekat assignment tu dia belek. Arghhhh. Ni assignment kedua pulak dia suruh buat nota 1-9 bab then submit, dia akan belek sama ada menarik,  kemas, fakta yang betul, dan -ada-perincian-yang-tak-masuk-di akal- dia akan kira. So, nak buat nota cincai boncai selebet semua jangan mimpi. Aku percaya ni dia akan belek satu-satu. 

Oh my. Macam mana lah orang yang belajar sejarah ek. Tak pernah muntah hijau ke ?

Rindu nak buat kira-kira. Pulak tu sem ni drop banyak subjek yang kira-kira, tinggal yang teori jelah, ada satu subjek tu campur teori and calculation tapi....................... dah macam kimia pun ada. (kau mampu buat ayat keling camni ??)

By the way, apa perasaan kau bila wajah kau suram dan malap, orang tanya "kenapa kak, markah akak sikit ke? ". Kot ye pun nak tanya soalan berlapik lah sikit. Bagi soalan yang menaikkan semangat aku. Bagi soalan yang kadang2 menyedapkan hati aku. hoi demand !
Rasa macam nak sumbat mulut orang-rang camni dengan heels aku (eh since when ?:P)

Dah la. Taktau sebenanye nak ngadu kat siapa. Pengadu tak akan mengadu dekat pengadu. Kau faham ayat ni? Sampai sekarang aku cuba mencerna. Tapi hampir tak ketemu jawapan.

Sunday, November 18, 2012

Ya Allah Ya Tuhanku.

Pelihara diriku, kedua-dua ibu bapaku, keluargaku, adik beradikku.
Lembutkanlah jiwa-jiwa kami. Agar sentiasa taat akan perintahMu.

Ya Allah, jika dugaanMu ini adalah jalan untuk menghapus dosa kami, terimalah taubat kami. Bantulah kami mencari keredhaanMu :"(

Monday, October 22, 2012

Bidong Island

Assalamualaikum..

Island ? Omputih sangat. Pernah dengar Pulau Bidong ? Of course ramai yang tak tau kan ? Sound awkward people said ~ Bidong ni Umt punya. Pulau yang sangat-sangat awesome untuk dikunjungi seisi keluarga. Err tapi berbayar lah. Kalau kitorang warga Umt ni pergi free cuma sekali sebab program ni under kokurikulum, wajib join. Snorkeling, swimming, fishing, crafting, undescribeable ! Tapi free-free pun sebenarnya berbayar. Cer tengok dalam yuran koko tu...*duckface*


Here we are. Perjalanan ambil masa dalam 15 minit naik bas, eventhough Pulau tu sebenarnya dekat dengan Umt. Tapi disebabkan takde jeti, so, jauhlah kita gerak. Sampai-sampai jeti naik bot yeehaaaa best giler ^^ Pakcik bot bawak laju sampai tertelan air masin, jalan dekat laut yang bergelora, rasa macam jalan dekat jalan yang berbonggol pon ade =.=, terpekik terlolong macam nak terjun ke laut ! Pakcik-pakcik yang bawak bot ni boleh pulak drifting tengah-tengah laut kan. One of another boat tu laju bapak ah sampai 45 darjah dia bawak. Try imagine. No wonder lah boat diorang sampai dulu ~ Naik bot je adalah dalam 30 minit. Sampai-sampai je tanak turun kan ....

Okey ! Sementara tunggu bot-bot lain sampai, kitorang lepak-lepak tepi pantai, hujan renyai-renyai bagai merestui kedatangan kitorang. Then takde rehat apa segala, terus buat aktiviti. Bagi-bagi group. I group Pari u ! Lemah gemalai and kami menang cheer song !(tetiba)..

Dah nama pon survival laut, semua aktiviti pun macam pelarian. Solat tetap solat. Walau dengan basar luar dalam. Tido berteman nyamuk. Aku? dengar bunyi nyamuk pon tak. Tidur dalam iman katanya. Dah takde mimpi-mimpi segala. Tidur bergelimpangan. Takde pangkat kau kaya aku miskin. Kubur sama-sama lebar jugak. eh ?


Pulau Bidong ni dulu tempat pelarian Vietnam. So, banyak lah harta peninggalan diorang kat sini, bekas tapak-tapak rumah, u know what, pulau ni diduduki kurang lebih 500,000 orang ! brrr, and sebelum mereka semua mati, mereka buat tugu peringatan untuk menghargai kerajaan Malaysia lah kiranya. Hai tugu je ke ? Harta lain ? Emas ? Geran ? takde kot..(tanak amik tau), aktiviti jejak warisan kitorang pergilah ziarah kubr diorang and tengok bekas kuil2 kebanyakan patung-patung tu takde kepala, katanya kepala tu made from emas ? then diorang nye pewaris bawak balik Vietnam. Ini propa ke auta aku kisah pulak an ?
Sini kalau cuti-cuti rmai lah pewaris-pewaris cucu cicit dorang datang sini. Patutlah takde biawak kucing segala binatang-binatang buas kat sini, mesti diorang pulun bawak balik masak lemak cili api :P


Terkilan gila time snorkeling, dapat sekejap je sebab aku punya goggle and penyedut rosak. Ciss. Dapat lah tengok sekor dua nemo. Tapi member-meber aku ramai cakap rugi sebab tak dapat pergi tempat ot karam. Banyak khazanah and makhluk-makhluk laut berkeliaran kat situ. Cantik-cantik ^^ Tak percaya ? Cer tengok Tonton Buletin utamaTv3. Amboi jah promote tak hagak.

Malaslah nak cerita panjang lagi. Overall aku boleh bagi 100 jibik bintang :) Dahlah dapat faci/pengajar yang sporting. Boleh pulak time malam kebudayaan yang sejuk amat tu diorang berkelubung dengan kain pelikat, amboi ko ingat ko muda sangat, sekali bukak pakcik-pakcik, comel sangat lettewww ? 

Memandangkan hanya 2 hari 1 malam je, so satu hari tu compact gila dengan semua aktiviti tu. Sampai ko nak kencing pon tak sempat. Kencing dalam laut tu la nampaknya. huahua Patutlah obor-obor tak berani nak hinggap ~ kawan aku sampai bengkak-bengkak tangan sebab gatal sengat obor-obor yang bapak besar tu menggerutu aku tengok badan dia gerak-gerak. Kalau boleh tangkap sekor, aku boleh bagi mai.

Masa water confident ..haa ni lagi best, ko terjun la sorang-sorang then berenang-renang ke tepian sorang-sorang. Okey tak lawak pun. Aku ni excited sangat berenang sampai taktau hala tuju, then abg faci tanya hoi yang kat sana tu, nak pegi mana, aku ni kocak-kocak je kaki eh asal tak gerak-gerak ni then abg tu datang menghulurkan salam (???) eh tak tak, datang tarik aku suruh pulang ke pangkal jalan, pegang tali yang ada bola-bola tu, then pergi berenang sendiri. haha. sebenarnya cuak jugak. Tapi mana boleh layan sangat perasaan yang hangat tu. Kang cemas-cemas lemas pulak. Group aku ada sorang budak ni sampai nangis-nangis. Aku rilek je hoi berlagak gila :P ..dan abang/pakcik faci tu awal-awal dah warning sebelum terjun dari bot yang tinggi dan besar utk tangkap ikan yang pacik nelayan guna tu, siapkan wasiat awal-awal, tepon mak ayah. Manis mulut bicara yer bang ?

Last but not least, saksikan wajah-wajah keriangan gua. Haha. Hitam ireng bontot kuali, 

ketika mentari ingin pulang ke sarang.

Barisan bot-bot Umt.

Bot masa nak balik. Ini bot bisnes class punya. Abang bot bawak sambil berkarok. Budak-budak tu semua nak duduk depan bot. Ala-ala titanic sangat. Jatuh karang. Dah la tak kahwin lagi.

Deru ombak mengulang pantai~ Pecut lacu lagi bang !
Masa pergi naik bot open. Lagi best woooo!


Salam ikhlas dari mak jemah. Liputan lombok.

Pesal aku ramah gila ni ? Muak ? eleh dah habis baca baru muak. Rindu lettew :P




















Sunday, September 30, 2012

Spot me !


Subhanallah cantikkan pantai tu ?


Nampak tak aku kat mana ? haha ni lah penyebab aku sakit-sakit sekarang. Tapi awesome ! Siap main guling-guling kat pasir kan ? Kau mampu? kalau kau jalan kaki adalah dalam 20-25 kaki. ciss punya senior. Tapi senior sporting, walau kau tak hensem kau tetap ada sense of humor aummm !

Dah kotor-kotor satu badan, kitorang dilepaskan macam itik pulang ke kandang, mari bermandi pantai. Best ^^ even sekejap je, berkubang lah kau dalam tu nak oiii.

P/s : motif gambar suruh spot-spot bagai? nampak sangat muka aku ni bukan kategori yang harus difokus untuk kamera2 besar kan. Kecik hati i taw !

Thursday, September 27, 2012

Kusut

Dalam pendaftaran mana-mana IPTA or IPTS,  yuran kokurikulum..jumlah bayaran bukan puluhan, tapi ratusan. Tapi hasil apa yang kita dapat?

Bila dah masuk koko, kena lagi bayar yuran itu ini. Puih ! Especially badan beruniform kan? Duit baju je dah cecah ratusan. Macam aku ni cop duit je an nak suruh bayar terus. Entah-entah duit koko masa kita bayar awal-awal tu buat makan staf2 ipt je. Geram betul.

Bukan setakat koko je, banyak benda lain. haih. 

*mood tak stabil. Masalah duit memang tak berpenghujung. Duit-duit jugak, tapi jangan sampai jadi hamba duit !*

Yang mintak duit tu pun tak reti menyabar ke ? 

Thursday, September 20, 2012

Enough to say ! Penat menghadap mathematic engineering Ya Allah makin susah..

Penat nak buat revision kimia sendiri. Kimia form4/5 only BASIC you know?

Untunglah budak matriks -.-'




Mengeluh je. Baru sikit ujian dah mengalah.............

Friday, September 14, 2012

Ini bukan rekaan !

Assalamualaikum.

Cehceh tajuk nak ngancem ! Minggu ni minggu pertama kuliah. Tengok sillibus dia macam nak gugur jantung. Ingatkan nak drop math engine, ciss macam tak dapat je sebab sillibus dia macam lain. Kene belajar SETS balik, and dengan lebih detail including switching algebra bagai.  Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya ribut di tengah hari.. *mentang-mentang cuaca kat sini tak menentu, terus nak tukar quotes*..ni tak masuk lagi chapter-chapter yang lain...

And you all nak tau, aku kene ambil CHEMISTRY balik..apakah ? most of the sillibus in chemistry ni budak-budak matriks dah belajar, then lecturer expect semua orang dah tau ? Fine, aku yang kene kejar-kejar lah ni nampaknya. Roomates aku ada budak Sains Kimia peh mantap tengok notes chemistry dia masa kat matrik, cantik kemas dan rasa nak jilat-jilat je..dah lah pandai, baik, sopan..terpana aku haha...aku yang dah 4 tahun tinggalkan chemistry tetiba kene refresh balik =.=  terkejut beruk pun ada jugak. Sabar jelah..niat nak belajar kerana Allah kan ? ^^

Apa lagi aku nak bebel? Biologi pun aku kene ambil, tak pernah-pernah.. tapi senior kata takde lah belajar menghafal 24 jam, ada jugak calculation :)

p/s : Pergi pantai petang tadi and its awesome Subhanallah ! 20 minit kena jalan kaki sikit, kalau ada basikal ni rasa ala-ala homestay pulak..nak snap gambar banyak-banyak pun kamera takde...huhu




Monday, September 10, 2012

Macam mana Hidup ?

Assalamualaikum..

Tak terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari raya aidilfitri kan ? =.= Walaupun aku langsung dah tak terasa bahang-bahang perayaan tu lagi. Sempat lah menikmati 2 minggu raya dengan orang-orang tersayang :)

So how come about the new phase of life? Cehceh macam baru nikah je ! Erm erm so far so good lah. Baru 2 hari start class which is the class start on Sunday =.=. Lecturer okey and majoriti Dr ye puan-puan. Yer aku jakun. Dulu study Poli semua just panggil encik cik n puan. 

Tapi sebenarnya banyak je aku pening kat sini. Dengan urusan PTPTN lagi (tak habis-habis!), urusan drop subject, urusan irihati (+ve) ni dengan orang-orang pandai lebih-lebih lagi budak lepasan diploma cam aku, sekali tengok result-result dia every sem peh nak pengsan aku. Dia boleh je dapat u lagi baik macam uthm or utm ke, tapi dah rezekinya dapat sini, teruskan jelah kan...Lagi satu, majoriti intake baru ni semua lepasan stpm and matrik weh. Rasa rendah diri lagi. Aku yang ada diploma ni pun macam zero je. Pun jarang di mention masa minggu orientasi sebab kebanyakan lecturer expect semua budak-budak dua di atas hewhew !

Okey mari teruskan, kalau ada rezeki kitorang drop subject, macam heaven sikit lah. Lebih-lebih lagi mekanik kejuruteraan yang ala-ala mekanik strukur and teori struktur tu, macam kacang kuda je beb nak belajar =.= . Erm for those yang kene belajar tu, janganlah tanya kat aku kan. Seiously aku ni tak reti nak ajar orang dan aku tak cukup ilmu tengoklah masa amik teori struktur (sem 6)tu, blur sedunia . Aku kedekut ? no, daripada aku buat ajaran sesat, baik aku tarik diri awal-awal..

Aku sorang-sorang kat sini. Budak-budak poli aku mana? mana ? Sampai hati tinggalkan aku. Dan aku perlu mula buat kawan dari bawah lagi. That means macam bayi yang dilahirkan *tetiba. Takde siapa kot yang nak geng dengan aku sebab dah tua (okey tipu)..nasib rumet i ambil same course..ke hulu ke hilir dengan dia je la walau pangkat dia adik je pun..fyi she called me ahkak ..brrr..ada member kat sini pun tapi senior buat apa, dah la lain course...(ayat nak pasrah je)..eh budak-budak kelas pun ramai yang okey en en..

Takpe. Aku kan jiwa kental dan untuk minggu ke-2, takde lagi perasaan homesick :) tapi tengok lah nanti raya haji merana tak kalau tak dapat balik :"( again and again haya.

Ramai senior kata ENTECH aktif hoyeah. nampaknya aku tak tersilap pilih alhamdulillah. Dan ENTECH adalah budak paling glamour u ! <---- metafora hiperbola segala keluar. Dan skop kerja adalah meluas. Ya Allah permudahkan rezekiku dan permudahkan urusan perjalanan hidupku amin..


Mai hopefully ko dapat sini jugak. Nanti dapatlah kita pergi pantai saban hari untuk berjimba :P


p/s : Mengharap perangai gila-gila classmates sama dengan classmates dka1-6b..
       Rasa lost nak karang lagi panjang sebab biarkan lappy berjam-jam ditinggal sepi oleh kerana                                   menyinggah ke teratak orang lain. That's all. Assalamualaikum :) 


Friday, August 31, 2012

Sudah tiba saatnya...................

Assalamualaikum..

Esok dah nak berangkat. Ke mana ? Bunyinya macam ke oversea je~ Preparation almost done urm urm 80% maybe? MAYBE ? Alah yang 20% tu lebih kepada mental je hewhew. Mental dan emosional.   Jauh tu ke pantai timur. Alhamdulillah dulu negeri tu yang menjadi idaman kalbu untuk aku kunjungi sebab banyak pantai dengan laut. Bukan tak pernah pergi, pernah je sebab 2 orang akak aku pun study kat terengganu and kelantan. So dapatlah rasa puput-puput bayu angin pantai timur itu. Tak sangka pulak Allah bagi rezeki aku study kat sana jugak. Dulu hantar orang je, sekarang diri sendiri yang dihantar :")

Hari ni hari terakhir aku nak bergolek-golek kat rumah. Sedihnya. Dah tak boleh nak bangun lambat. Kali terakhir aku bangun pagi-pagi masa dekat Poli jelah dulu except nak solat subuh la kan ? Then tumbang balik. Esok gerak pukul 5.30 pagi insyaAllah. Eh apasal aku rasa macam karangan lawatan sambil belajar ni ? Ah alang alang kan, then, stay homestay dekat KT..then then urm ini yang aku dedor ni..register day ! Oh My Allah ! Mesti macam-macam orang aku jumpa an..tetiba teringat first time masuk Poli.............................................once upon a time..






Okey tension tunggu loading nak upload gambar sem 1 dulu :"( Kalau tak mungkin dah betambah syahdu heh.


Dan aku bakal rindu dengan classmate aku huaaa. Untuk budak yang setia duduk sebelah aku untuk 3 tahun berturut-turut, Eira lepas ni tak boleh dengar kau gelak besar, kita urut-urut kalau dua-dua ngantuk, tolong menolong untuk meniru masa kuiz, snap-snap gambar kalau boring sangat, pasang telinga kalau budak dua orang belakang tu mengumpat hoi kembang kempis kembang kempis je telinga ni kan :")

Dah of course aku rindu budak 2 orang yang ala-ala mu'alaf tu Bino and aidil, siapa nak bagi tiru kitorang, siapa lah yang nak jadi radio karat, siapa nak berbual macam esok hari takkan menjelang tiba, siapalah yang nak gaduh-gaduh tuduh menuduh siapa paling gemuk, hei kalau cerita pasal korang memang takkan habis lah kan. I'll miss that moment :") Dan takkan ada orang lagi yang menjengah ke rumah kitorang dengan bawa 'belaannya' especially kau yer BINO !

Untuk budak-budak rumah, merangkap rakan sekelas, Juwana Mai Fiza Seela and Eira..aku nak cakap korang adalah besties aku yang paling-paling aku sayang. Kita dah macam family. Buruk baik luar dalam kita semua kita dah tau kan. especially Eira dan Juwana. Kita kan sebilik hewhew. Kepala semua pun sekutu je.  Juwana...bedtime story kita pun berhenti setakat tu je...............Eii banyaknya nak story pasal kita semua. No words can describe :"( macam permata yang dicari, susah nak jumpa, tapi sekali dapat, kita kena simpan...*tetiba

#dengar lagu winter sonata tanpa suara.

Huaa semestinya aku rindu dekat family aku. emosional tahap petala ke lapan mengalahkan orang belajar oversea kata mak jemah. Sekarang tak boleh balik tiap minggu selalu. Ni pun boleh dikira setahun kurang lebih 5 kali je aku balik kot. Tambang je dah bole beli kfc 5 kali haha. Mudah-mudahan semuanya dipanjangkan umur especially mak ngan abah...........................orang yang banyak berkorban untuk aku :")

Habis dah buat dedikasi ? Okey okey last para. Aku selesema n batuk ni. Risau jugak mudah-mudahan Allah bagi sembuh cepat. Mana taknya, makan ubat kali terakhir pun 3 tahun yang lepas muahahaha..abah aku pun tak sihat, demam n cirit birit. Doakan kitorang semua sihat yer. Abah aku dah give up tanak ikut hantar aku kan. Tapi mana boleh, takde kumbang langsung karang, abang aku dah la kerja. Kami-kami kan perempuan yang ayu lagi sopan santun.....*guruh berdentum*

Anyway doakan segala urusan aku dipermudahkan Allah baik di sana di sini dan di sinun. Risau dapat kawan yang macam-macam pe'el, urusan study aku, n banyak lah lagi...amin Ya Allah :")

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan family aku selamat pulang :)





Wednesday, August 29, 2012

RASA MACAM NAK SIAT-SIAT

Konflik jiwa betullah. Emosi tak stabil. Meh la sini siapa yang nak gaduh dengan aku. Tak payah gaduh tarik-tarik rambut bagai, gaduh mulut pun aku boleh nangis *tetiba. Dah la baru lepas gaduh dengan whole of my family. Gila. Ni gara-gara PTPTN la. Ada lagi yang lain sebenarnya. Tak memasal semua orang aku babitkan. Sabtu dah nak bertolak, PTPTN tak settle lagi. Benci-benci. 

Persediaan mental dan fizikal. Lagilah zero. Huaaaaaa...Semalam akak aku cerita experience dia kat U pasal *tuuut* . Aku down.

Hari ni pantang orang cuit sikit senang je air mata ni jatuh.

Thursday, August 9, 2012

Bila dah dewasa

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa di bulan ramadhan :) Dah masuk dalam hari2 kesepuluh terakhir kan ? Sekejap je rasa. Amal ibadah bertambah ? Masih konsisten dengan terawikh ? Sobsob tahun ni memang fully tak dapat buat terawikh sebab balik kerja dah pukul 10 malam orang dah balik terawikh, Jeles sangat tengok orang lain berpusu-pusu kumpul bonus akhirat insyaallah..Ya Allah mudah2an masih ada lagi peluang untuk tahun hadapan :)

Dah beli baju raya ? Kuih raya ?(macam mak mak pulak). Okey pilu lagi. Baju-baju tahun ni tak berkenan pada pandangan aku. Ada yang cantik-cantik tapi harga pulak tak memikat hati :p ..Lastly aku pilih untuk tak beli baju raya hooreeeyy. Jimat di situ. Ya Allah tegarkan hati aku untuk berjimat kali ni :D..Banyaknya nak guna duit T__T. Guna baju Malam Pragraduan je sudahh. Masih meletup kau jah ! Tudung baru yang penting belingbeling kau tengok pun naik pitam. 

Raya ni kena bagi duit raya kat anak2 buah aku sekali adehh sebab mase newborn dulu aku tak bagi hadiah apa pun. Adik aku sekali ah cukup la dia tu bagi rm10 haha kau kan kaya dari aku. (Padahal hutang keliling pinggang dengan dia)

Checklist untuk UMT. Tak siap lagi untuk dokumen-dokumen penting contohnya medical check up. Nasib baik murah je buat kat swasta at least tak sampai rm100 (T__T) Malas okey nak buat kat Government lambat. wekwekwek. Owh btw baru aku tahu kalau buat mc tak bole time datang bulan. Aku dah tak ingat apa nurse tu bagitahu kenapa sebab aku dah diambang (??) pintu keluar klinik. Bila google, banyak pulak keluar ujian air kencing untuk kehamilan. (Apakah ??) Lain kali la nok aku search lagi. Malam dah larut. Alasan bagi munasarawak sikit boleh ?

P/S : Harini rabak mata aku tahan ngantuk. Sampai sakit kepala. Pelik tak ? Ada lah dalam 2 jam, masuk fitting room tidur kejap. Sampai sekarang tak hilang-hilang lagi. Jarang betul aku sakit kepala, sekali kena amik kau tak henti-henti. Nak makan pun tak selera (amboii nasi ayam free membukit, malam lagi makan nasi putih ayam black pepper pun boleh kata tak berselera ye ??).. 




Friday, August 3, 2012

Emosional

Assalamualaikum..

Aku tak tahu nak tulis apa. Yang aku tahu aku sedih. Aku pun tak tahu kenapa hari ni keemosian aku tercalar sedikit. Hormon mungkin ? Stres dan asyik mengeluh je. Hari ni tutup kedai lambat dalam pukul 10.30 sebab menghadap kerenah customer yang nak semua pakaian branded. Kedai aku ni jual barang baby standard-standard la ada yang original + ciplak bagai. Tapi kalau ciplak pun boleh diterima sebab corak-corak dekat baju tu cantik. Kain pun bukan tahan sehari dua je. Agak-agak lah kan kalau nak menghina (sorry to say apa word yang baik sikit selain "menghina"?) barangan yang tak original. Lebih-lebih aku ni haa ada pulak kisah baju aku ni Guess Gucci, Polo, Burberry ? Janji sedap terletak kat badan, boleh je tahan bertahun-tahun cantik lagi ayu aku pakai.

Kesian anak kau kecil-kecil dah diajar pakai yang originally branded sampai tak merasa nak pakai baju cap gombak, dah besar takde pengalaman baju terkoyak sana sini :P

Itu salah ini salah. Malaysia panas, tak boleh pakai kain macam ni, eh kain ni tak elok eh kain ni mudah luntur warna dia. Wah banyak sungguh cekadak kau. Takkan la manjang kau duduk berjemur bawah matahari kan ? Rumah takde air-cond ? Pergi jalan-jalan sana sini naik bas ke sampai kena bertungku duk menunggu bas tengah terik matahari ? Kereta takde ke? Agak kereta kau tu tak berbumbung ? Air-cond manual orang kata ~Nasib aku ni pandai berlakon senyum je manjang depan kau alah-ala barbie-doll, eh ? Sedih tau mak setiap kali promote baju cantik-cantik mesti ayat pertama keluar ni baju brand apa ni dik ?? Siam eh ? Jangan tipu akak dik, akak tau brand apa yg ada kat malaysia ni. Cehh.

#Ternyata aku silap menilai dari cara kau berpakaian. Dari wajah mulusmu. Tapi tutur katamu, perawakanmu tidak menarik perhatianku. *senyum selagi mampu*

Tapi tapi tapi ingat customer is always right :)



Masalah kecil boleh jadi masalah besar. common Haya. eleh orang emo memang macam ni. Tahan lagi 13 hari hewhew.

Sunday, July 29, 2012

Countdown for the next....?

Semakin nak berpenghujung, semakin ramai yang menyapa. Semakin aku tenggelam dalam kelemasan, aku terjumpa tempat untukku meluah. Lumrah, tiada perpisahan, tiadalah pertemuan . Sungguh, jika aku ditakdirkan untuk berada di sana, aku taknak bertemu dengan'nya' lagi. Bukan nak menyombong, tapi kuharus menjauhkan diri. Kata nak berubah kan ? ^^

Bila kita tak suka seseorang tu, jangan mengutuk, jangan mengata, itu maknanya kita dah bonuskan banyak pahala untuk 'dia'. Jauhkannnn diri selagi mampu untuk tidak bertentang mata dengannya. Takut penyakit hati berleluasa. Sabar itu indah !

Wednesday, July 18, 2012

Rindu merindu amalan mulia

Assalamualaikum.

Rabu malam khamis. Okey random. No wordless wednesday or spontaneous thursday. Whatever. Talk about rindu. Subjektif, mungki ada yang kata rindu tu hanya milik kekasih. Tapi tak bagi aku. Rindu tu milik sesiapa sahaja. Pada kekasih, sahabat, Pencipta, mak abah adik beradik suku kaum kerabat. 

Tapi malam ni aku rindu kat kawan-kawan aku. Untuk yang bergelar sahabat. heh. Wait wait bukan malam ni je, tapi always in my mind, cuma malam ni kenapa jiwangnya lebih. Mungkin terlebih gula ?

Sedar malam semakin larut. Memori lama terbuai kembali. Ceh. Rindu nak bedtime story. Makan together. Sembang mak jemah. Make the song melody sukahati and sing loudly. Sindir jiran sebelah. Bangun pagi pergi kelas dan kelas batal. Nikmat.

And now. Semua itu menjadi kenangan. Kita lakar. Kita ukir, dan hari ini ia menjadi memori. Pahit manis, ranjau berduri, susah payah kita harungi, pegang teguh pada tali Ilahi. Moga ikatan ukhuwah ini kekal abadi hingga syurgawi.

Saturday, July 14, 2012

Kerja Part 1

Assalamualaikum..Bismillah..

Kembali bercahaya blog walau bertahun tak jejak. First of all, syukur alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi.

Syukur alhamdulillah (mudah-mudahan sentiasa istiqamah untuk bersyukur atas kurniaan Allah). Dia beri kita ujian, sepatutnya kita bersyukur, kita tak putus asa, kita bangkit, Dia nak uji kesabaran kita, ini tidak, aku selalu mengeluh. Sebenarnya Dia nak bagi pelangi, kita je yang sombong, taknak terus berharap :(

Sementara tunggu keputusan UPU, kerja main-main dulu (mean kerja bukan dalam bidang). Pejam celik pejam celik, dah sebulan dua minggu aku jadi salesgirl. Err bukan keluar masuk keluar masuk office pakai baju smart2 tu..tapi kerja kedai pakaian baby je. Seronok. Dapat belajar macam mana nak layan customer, cara promote barang, lipat kain baju, okey mata dah rambang sebab banyak sangat baju comel-comel ><

Dapat tambah pahala insyaallah melayan customer dengan senyuman tak lekang dari bibir. Kalau sebelum ni aku susah sikit nak senyum dengan orang tak kenal sebab serik dengan peristiwa doludolu. Ingat senang ke nak layan customer? Especially bab tawar-menawar harga. Orang dah bagi special offer, kalau boleh nak lagi murah. Ada customer yang taknak berganjak dari kedai selagi tak dapat harga yang dia nak. Sabar jelah. Whatever it is, customer is number one, ibarat tetamu, dia datang bagi rezeki dekat tuan rumah. We give, we get :)

Belum masuk bab non-bumiputera rockers . Especially Cina. Detail gila check condition baju, lama tak lama, adalah 15-20 minit pusing-pusing cari baju, last-last tak beli. Sabar. Pun sama selalu je nak mintak harga yang tak masuk akal. Hello awak-awak kan kaya. Invest sikit untuk anak-anak pun nak berkira ? Okey lupa cina kot. Takkan dia nak tolong orang yang bukan kaum dia. Kan ?

Dekat sini baru aku kenal brand and pattern2 baju yang hot.  O&K, Baby Gap, Gucci, Guess, Polo dan anak beranak dia aku tak ingat, Cheroki, Butterfly dress, Sara & Kids and whatsoever. Banyak kot nama-nama lain. Majoriti adalah originally branded kids term. Lailai singgah la kedai mak jemah. Anda pasti tak menyesal. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Tengah sale weh sekarang sebab nak habiskan stok. Raya nanti datang stok baru lagi. Lagi da bomb ! Silap-silap anak-anak adik anak buah kau segala jadi retis. Boleh je nak beli online, tapi baru start buat, fb admin tengah renovate. Harga? Boleh dirunding. Hati ke hati orang kata :)

Siapa penggemar tegar atau pengumpul tegar perfume? Jangan tak tahu, bos aku pun ada kedai perfume, maknanya aku jaga 2 kedai lah..tapi bukan aku sorang, ada adik ipar bos aku sekali. Perfume kat sini ada yang baru and reject maknaya kalau beli tak dapat kotak, botol calar-calar sikit, tapi keasliannya memang originality (ayat nak keling aje) Nak brand apa? Bvlgary, Gucci, Polo, Hugo Boss, Armani, Jlo, Pariz Hilton, Britney Spears, Ricci Ricci, Ferragamo, Blv, Eternity, Dolce & Gabbana..oi semput tau nak taip satu-satu. Tak beli siap korang aku sembelih. Aku tak habis khatam bau-bau ni semua. Dah sebulan lebih kot kerja haha, Kalau dah pandai boleh lah promote dekat customer, cuak ah bila customer asak-asak tanya bau mana yang sedap manis, memberangsangkan,..kalau aku suggest minyak wangi Al-Habib Jewel perisa buah je yang sedap. Murah dan elegan. Eh !














Bersambung........
 

Monday, June 18, 2012

Ehem. Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum..

Menggelupur sebenarnya nak taip ni. Maklumlah dah lama tak pungpangpungpang dalam blog sendiri. Tapi hakikatnya banyak je warkah yang tersimpan dalam draft, tapi bila baca balik, memang kena tapis. Entah apa-apa.

Sebenarnya esok tak kerja. weehooo. Bagus betul cuti tengah-tengah hari bekerja. Nak buat macam mana kan, aku bukan kerja gah mana. Time orang kerja, aku cuti. Orang cuti, aku kerja. Sila tepuk sebelah tangan.

Bila dah habis study ni, erm atau nak lebih proper, baru habis diploma ni, selalu dilema, jealous tengok kawan-kawan dah dapat kerja yang baik, gaji seiring dan sejalan dengan kelulusan, tapi bila teliti balik diri aku, aku ni apa yang ada. Lagilah rasa down sekarang ni bila orang mula cakap sekarang orang nak minta kerja, dia tak tengok kelulusan apa yang kau ada, tapi PENGALAMAN, can't be denied. Semangat nak further study yang pada mulanya mencanak naik *kemain ayat* telah semakin merudum secara tiba-tiba. Lagi-lagi bila aku minta course yang tersasar sikit dari course time diploma dulu. 

Aku teringin nak buat istikharah/kiamullail. Serius tak pernah buat sendiri, time duduk asrama adalah. Minta petunjuk Allah mana yang terbaik untuk aku. Tapi kalau terbangun tengah2 malam tu memang bukan aku. Aku ni tidur mati. Bertuah betul tengok orang lain dapat penuhkan amalan dalam 1/3 malam ='(

Pasal pertukaran course tu lagi pening. Boleh ke cukupkan mata kredit aku. Dah la pointer pun bukanlah gah mana. Stress mak. Tapi mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Dedor pulak tetiba sekejap je dah nak bulan 7, UPU keluar, puasa, raya ! Oh my Allah. Okey cakap pasal puasa lagi sedih tak dapat buat tarawih. Kerja sampai pukul 10 =(

Bila nak study pun kena fikir loan bagai. Lagi-lagi PTPTIPU tu. Buaya darat betul. Hiks mengata macam-macam. Padahal habis semua duit aku mentekedarah. Sekarang memang betul-betul kering. Sebab tu aku kerja mana yang dapat dulu. Gaji pun not bad, kerja ala-ala siapa yang datang kedai aku otomatik dia jadi kiut. Aku dah confirm kiut. walahwalah.

Haisyy sebenarnya banyak lagi yang terbuku di hati. Wah kau noks!
Tapi next time lah i cerita lagi. Assalamualaikum :)

Masih jauh lagi perjalanan.

Thursday, May 10, 2012

KU INGIN KAMU


Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa syurga dalam hatiku

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…
Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Back to ref
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

ALLAH KU INGIN MILIKI CINTAMU..


Saturday, February 25, 2012

Kek Cekelat

Assalamualaikum salam sejahtera pembuka bicara buat si dara manis yang anggun berkebaya *ehem serius sikit boleh ?*

Eksited kemain kau menghulur salam yer.. Sedihnya how time flies so fast ? esok dah nak balik Poli ;'(

Cuti yang sepatutnya seminggu tapi apalah yang ada sangat dalam pada seminggu tu walhal aku kena buat Muet yang macam yerk yerk je tu.. *nangis bergelimpangan*

Suka balik rumah sebab kat rumah ni dah macam syurga makanan bak kata mak kau nak makan hape pun makan jela nak amik apa pun kat kedai, hangkut je, lagipun bukan aku yang bayar *huahua*

So nak dijadikan cerita aku ni dah lama mengidam nak bedal kek cekelat, nak beli ? mana mampu, i kan kedekut. Dunia hujung jari, what u should do adalah terjah jelah blog resepi petik jari ting kek cekelat dah depan mata , amboi kemain tinggi imaginasi kau ! Buat sendiri lah wei, baru rasa kepuasannya. Dan i tak sangka walau pertama kali buat, ia sangat menjadi, tapi ada cacat sikit masa kukus, permukaan atas merekah sikit disebabkan wap air menitik bagai air mata.. 

                   Then, bila dah sedar, cepat2 bungkus tutup periuk kukus tu dengan kain lap biar air tu meresap dekat sapu tangan. Mak aku kata dah cantik dah, lembut bagai anak gadisnya. *menangis air mata si dara dipuji emak tercinta*

Kau tengok ?



*maaf andai buat kalian terliur* uhuk.

Lepasni buat apa pulak..jengjengjeng...

Wednesday, February 22, 2012

Baucer 1 Malaysia.

Assalamualaikum..

Mari bicara pasal baucer. Anyone dah pulun habis ke baucer masing2 ? Saya punya tak habis lagi, baki rm50 masih tak tau nak belanja apa. So inilah hasil yang baru saya kutip...hewhewhew (terasa sungguh cool ketawa seperti ini)..

Maka bermulalah episod fresh graduate (ehem) menghabiskan masanya bermarathon mengais buku ini sementara beliau diterima bekerja (insyaallah)


Juga dapat mengumpul hasil tangkapan yang memberangsangkan seterusnya meningkatkan koleksinya ituuuu...

Ini sahaja yang dapat saya titipkan kepada anda semua. Melihat keadaan line broadband saya yang seakan2 menghina saya oh lihat sahaja tahap pecutan dia sungguh memberangsangkan (sangat!) , jadi saya rasa seakan diri ini tercabar lantas memutuskan sampai di sini sahaja sempat kuutus surat padamu wahai kekasih.

Izinkan aku mengundur diri di malam yang pekat ini. Assalamualaikum ;)

Friday, January 20, 2012

Assalamualaikum.

Akhirnya saya pulang ke kampung halaman. Semoga dapat menenangkan fikiran. Setelah beberapa hari tertekan. Saya pun tidak tahu apa yang tidak kena pada diri saya, yang pasti masih terdapat kekurangan yang perlu dicari ganti, Cinta saya kepada Allah perlu saya tingkatkan lagi. Selama ini kelalaian merantai diri. Saya ingin mencari ketenangan yang abadi. Selamanya mendampingi Allah, pencipta diri ini. Subhanallah. 

Azam pada tahun baru. Semua orang memasang azam. Saya turut tidak ketinggalan. Saya mahu menjadikan azam untuk saya capai di dunia, sebagai bekalan saya di alam ukhrawi. Insyaallah. Istiqamahkan diri ini untuk selalu berada dengan-Mu. 

Kurangkan mengeluh. Allah sentiasa berada di samping hamba-hamba-Nya ;)