Wednesday, December 5, 2012



Bicara dalam hati, kadangkala membawa damai, kadangkala boleh merosak jiwa.
Perlukan seseorang untuk meluah isi hati. Tapi tatkala berhadapan, kosong. Seperti lupa apa yang mahu diperkata. Entah. Mungkin sudah menjadi kalis. Sengsara. Simpan dalam hati. Sakit hati, di kemudian hari, hilang sendiri.

Aku menangis. Kenapa orang lain bisa saja melontar isi hati. Egoiskah aku. Kononnya mahu menjaga hati. Tetapi akhirnya hati sendiri terluka bagai ditusuk belati. Tajamnya, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Kepada Allah aku menadah. Mengadu. Memohon keampunan. Mungkin semua ujian oleh-Nya untuk menyucikan dosa-dosa kecilku. Dia menegur aku. Jangan kau bimbang. Tepuk dada, tanya iman, tidak cukup kuatkah kau tempuh semua ini? 

Sudah lupakah kau, bukankah Allah turunkan ujian buat hamba-Nya yang kuat memikulnya? Dia sayang kau. Sebab tu bila kau keseorangan, kau berasa selamat. Allah perhatikan. Allah lindungi kau. Ya. Aku dapat rasakan. Jangan kau ambil pusing kata-kata anasir. Jangan kau peduli ketidakpedulian orang terhadap kau. Pentingnya bila kita peduli dengan Allah, inshaa Allah Dia peduli dengan kau.

No comments:

Post a Comment