Wednesday, November 6, 2013

i'm in love

      Dah setahun tak update belog, tetiba datang dengan tajuk Saya sedang bercinta ? Hah ! Sepak nak ? Eh emo pulak.

      Kira okey what, baru setahun. Alhamdulillah masih diberi umur yang panjang. Selamat tahun baru hijrah semua. Azam baru. Mood baru.

      Tengok si Nafis tu, hari-hari duk pujuk aku suruh update belog, walau dalam kiasan. Tapi aku faham perasaan dia. Belog dia sendiri 3 tahun tak update kisah pulak aku kan ? *amboi statement*

      Assalamualaikum. Tak jawab dosa, mati seksa. Nauzubillah. Dulu kecik kecik berani la cakap macamni. Hati kudus lagi.

      Macam tak percaya dah masuk second year. Heh orang lain dah sampai final year, diam je. kuikui. Semester yang rileks sebenarnya kalau tengok schedule (artis sangat tau). TAPI.. dont judge a book by its cover. Dengan aktiviti koko nya, assignment yang sekali bundle lecturer bagi, due date lama, biasa lah, nama pun student, kalau tak buat last minute, itu nerd namanya ;p

      Bila fikir balik nak go through second year ni, Masya Allah perit perit perit. Sebab dah lah kena halau dari asrama sebab every year dia akan tukar tukar tukar penghuni baru, so kami selaku insan yang lemah ini, tiada tempat untuk berteduh. Bajet confirm dapat asrama, sebab join badan beruniform, sekali amik kau, sistem asrama yang tak sistematik, budak yang tak aktif, boleh dapat asrama, budak yang CGPA dihalau. Budak yang berkuasa macam exco-exco asrama pun ada yang tak dapat asrama ? Ini semua ridiculous. *geleng-geleng kepala*

      Setelah menempuh onak dan duri sepanjang sebulan selepas pembukaan sem baru, duduk rumah sewa ex-roomate, beli basikal baru. Meeting hampir setiap malam sebab mula-mula sem kan banyak aktiviti, kayuh basikal peluh lecak sana sini. Lalu tepi jalan raya, sekali hujan, kereta lalu, maka terjadilah drama simbah menyimbah. Balik meeting pukul 12 malam, seram nye nok. Even kiri kanan rumah orang, tapi ada pepohon besar yang dalam bayangan aku, sekali lalu, sekali terbang langsuir. Sebab dulu kecikecik suka sangat gayut pokok rambutan rumah nani, main takut-takutkan orang, sekali dengan mengilainya. eh masalahnya siang hari kot masa tu, ada ke orang takut ? Okey exaggerate sangat imaginasi aku tu.

      Sebelum raya hari tu ada pemilihan kawad. Sedih tarik luggage AF sebab tak terpilih. Dah lah dekat UTHM. negeri tumpah darah . cehh. Tapi bila geng-geng cerita pengalaman masa latihan. Aku rasa akulah wanita yang akan menangis tak berlagu.  Apa pun masa pertandingan betul, tabik lah kat diorang, even tak menang nombor satu, tapi dapat no 3 yang sepatutnya merangkul (??) nombor satu  , hanya sebab tak cukup seorang ahli kawad, sebab terseliuh so, markah tolak sangat banyak. Persembahan perfect ! Sampai penilai tu ingat, diorang berlatih 3 bulan, padahal sepuluh hari je kot.

     Lagi apa ek? Bersyukur jugak, even tak dapat kawad, ada jugak peluang nak trut tuttt tuuuutt..

Yang ni tahun depan kot cerita. Mudah-mudah-an dipermudahkan Allah.

Dah dapat hostel adalah dalam 3 minggu dah duduk, roomates baik-baik, mudah-mudah2an jadi baik sekali, geng-geng koko sispa jugak. Dan aku yang paling muda . Hambar bunyinya. Orang tak dapat terima kenyataan memang cenggini.

      Oh sebusy-busy aku, roomate aku ni lagi masya Allah busy teramat amat sangat. Jawatan besar belaka. Sekali hujah tak berhenti. ewah ewah. Terima kasih kerana tarbiyah awak yer Hasanah :) *libas rambut*

      Last but not least, tak perasankan sebenarnya pantas masa berlalu. Kelip kelip dah setahun. Kelip kelip dah kahwin. Ada anak, eh kahwin kahwin jugak. Hutang jangan lupa.

      Bak kata seniorita. Hargai masa sekarang. Masa sibuk, masa senang. Sebab bila dah final year, tak sempat dah fikir semua tu. Lagi-lagi dah kerja. Enjoy your life student. Belajar pandai-pandai untuk bangsa agama dan negara. Untuk menjamin gaya mutu keunggulan. Okey dah merepek.

      Tapi apa motif tajuk I'm in Love tu ? Tu semua poyo !

Sunday, March 10, 2013

Dush Dush !


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Buat lelaki itu. Kau tahu tak kau kacak? Walau di mata aku, kau seorang saja begitu. Aku tak tahu kau siapa. Tapi mata ini degil.  Terkadang mencuri lihat. Ingin saja aku menerobos masuk hati kau. Aku nak curi hati kau. Biar aku sorang saja yang miliki. Tapi mencuri itu kan harrraaaaamm . Doa jelah. kihkih .

















Eh ape ni ?
Ape ni ?
Ape ?





Ni semua gara-gara ARD la ni ..hailaaaa..

Friday, January 11, 2013

babbling of me.

Assalamualaikum..


Kenapa Allah jadikan LELAKI gagah, macho, hebak daripada perempuan ? Supaya dia jadi pelindung, pemimpin untuk orang perempuan. Perempuan maksudnya gegerrrrll dia lah, mak, makcik saudara, jiran tetangga, adik beradik, isteri semualah.

Bukan itu je, dia jugak perlu/boleh jadi wali untuk saudara mahramnya untuk berkahwin. Jaga isteri, anak, adik beradik, kalau dah namanya lelaki, jangan lupa, yang saudara-saudara perempuan dia punya saham baik atau buruk, semua reward untuk dia dekat akhirat, dia terlibat sama tanggung. Jangan lepas tangan. Memang hukumnya macam tu.

Dari segi harta. Yang ni best. Lebih lah dia bolot. (eh macam kejam sangat cakap bolot ni hewhew)

Lelaki ni tanggungjawab dia besar. Lepas dia kahwin, keluarganya tetap nombor satu. Isteri darjatnya tempat kedua. Lainlah perempuan, bila dia berkahwin, suami kena utamakan. Lepas ni ibu ayah tak tanggung dosa pahala dia lagi dah.

Banyak lagi sebenarnya kalau cerita pasal lelaki. Eh asal lelaki je kan ? Kenapa tak mention perempuan itu perempuan ini ?


Krik. Krik. Krik.


Senyap je. Selangi KAMI boleh bersabar. Bila dibuat macam ni, hilang rasa hormat. sedikit. Dari rasa baik, buat kami tidak suka..............................................................................................
Kesian pada diri sendiri. Tak dapat buat orang hidup bahagia. Moga Allah permudahkan urusan kami.


Biar miskin harta. Jangan miskin kasih sayang. Ape lagi entah yang dia nak. huh !