Thursday, June 30, 2011

HAPUSLAH AIR LIUR BASI

Assalamualaikum..

Wah, rajin pulak aku update semenjak dua menjak almaklumlah semalam baru aku makan rojak ;p
Pagi-pagi buta pulak tu, dikala seluruh alam sedang diulit mimpi ehem2 mentang2 malam Jumaat =P
Ini boleh mendatangkan kemarahan ! Aku nampaknya tak boleh nak ternak air liur basi lah nampaknya sebab malam ni aku nekad la sangat nak stay up sehingga masa ketiduran dibuang begitu sahaja. Dengarnya nak stay up sampai subuh... T_________________T. *tumbuk dinding*.

Nak melunaskan janji punya pasal. Sabar sabar sabariah. Lagi sikit je report ni nak siap. Esok da bole print ! yeayyyyyy! wo alah enak temen ngomong ! entah ye entah tidak...huhu.. 

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY FOR THE FIRST TIME ;')


Assalamualaikum ;)

G stands for genius, G stands for gojes, G stands for gentle .. (mungkin boleh diterima ;p).. Cer carik dimanakah gerangan empunya blog ini.. silalah..silalah ;') hadiah, percutian pergi tak balik..huehue..

Tuesday, June 28, 2011

PANTAS !

Assalamualaikum..

Oh Ya Allah. Sudah di makan kepupusan blog aku nih. Masa pun dah tak terkejar-kejar. Ni lah akibat suka buat kerja last minute. Hamik kau joyah ! 

Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, rambut tak terurus, bilik lintang pukang, dalam tidur pun termimpi2 report yang terabai sekian lama..eh eh statement2 ni bukan betul2 pun. Aku bukanlah jenis yang serabai tak tentu arah tu, unless kalau dekat rumah sewa (mungkin?) 

Menghitung hari je untuk naik sem. huhu.. Tu la, dulu2 time dapat cuti panjang, kemain mengeluh boringlah duduk rumah sampai rasa nak bunuh diri, bila dah sampai waktu untuk sambung sem, mulalah menghargai nikmatnya duduk rumah (tambah-tambah lagi kalau ada makanan yang menggunung kan ?)..

Owh, sekejap je kan nak puasa? Puasa ganti pun tak habis bayar, on the road ni.. huaaa, mak aku kata raya tahun ni tak payah nak berbaju raya sakan, baju kurung dah berlambak, asal ada wedding je, buat baju baru, kopak la duit camni. Fine T___T.. Tapi sejujurnya dah besar-besar ni dah takde perasaan nak berfoya-foya beraya sakan..adakah kerana faktor umur yang semakin lanjut ?? ;p... tapi lagi, syurga kan kalau dapat duit  raya yang berkepok2 kalau boleh setiap pelosok kampung kita nak jelajah mintak duit raya. Kalau nak kene baling selipar bila dah besar2 pegilah buat camtu, oh no no, jatuh aset ! eheh (hakikatnya dalam hati meronta2 kalau boleh kan~)..

Oke lah babai !

Friday, June 17, 2011

GANGGUAN SEKSUAL

Assalamualaikum..

Hye korang korang dan korang semua !
Topik hangat kita hari ini. Tapi tak sehangat taik ayam. Faham ? Juga tak sehangat sampai rasa nak belengging kipas sana kipas sini sambil emas2 berjuraian di pangkal leher dan lengan juga. ;p

Korang pernah kena raba ? Rubber tapper ? Okey tu topik lain hari. hehe. Seram tak kalau pernah kena ? Ada rasa nak bagi sup kaki pada gerangan yang suka buat gejala sosial ni tak ? Nauzubillah dan mintak lah dijauhkan kan ?..

Aku tak pernah kena tapi ada makhluk ni sesuka hati je nak ambil kesempatan terhadap kesucan aku nih. Grrrr. $%#@$. 

Kejadian berlaku semasa aku menaiki bas nak balik ke rumah sewa aku dekat merlimau. Lega lah kan jenuh aku tunggu perjalanan aku dari Chaah-Segamat-Muar-Merlimau. Perghhh. 4 kali tukar bas tu. Kalaulah dan kalaulah aku ada driver. phewwwwww. Urmm okey lah tu, driver bas kan ada..HAHA..Dengan peluh mengalir macam banjir yang tak surut2, panas terik lagi, dapatlah bas yg beraircond. Dapat seat yang berhadapan sesama penumpang. Dah lah penuh macam kerang busuk, warga-warga oversea pun turut menyumbang tenaga duduk sebelah aku. euwwww. Busuknya tak payah cerita, bau minyak rambut diorang, dan bermacam2 bau. Tak lama selepas tu, ada pulak sorang makcik naik, duduk berhadapan aku. Dalam 10-15 minit tiba-tiba makcik tu menyinga. 

" Amboi kau, sedap-sedap duduk sebelah perempuan, nak menyandar pulak dekat bahu dia!" Sambil mata menghala nepal sebelah aku. Entah makcik tu cakap apa lagi pun aku tak ingat. Dia meromet2 dengan muka ketidakpuasan hati. Aku langsung lah tak perasan kan nepal tu buat apa sebab badan aku betul2 terkepit dengan 2 beg, semua orang pulak duduk rapat2. Huh. selamat lah aku makcik tu perasan jantan tu buat apa kan, nafas aku dah tertahan2 je dengan bau diorang..

Kuat okey makcik tu mensound jantan nepal tu, aku tak tau pulak dia faham ke tak, sebab dia dengan kengkawan dia sesengih je. Bungukkkkk. Karang aku berubah jadi hulk, aku nak je tendang buah dia bagi penampar then hentak kepala dia laju2 kat besi tingkap bas tuh. Nyaris2 je aku jadi mangsa. Nasib jugaklah dia tak sempat buat apa-apa yang mentakutkan dekat aku..grrrr..

Fine. Keadaan masa tu memang lah memalukan. Semua mata memandang aku kot. Glamour aku nyah. erk, glamour sebab ni pun bangga? eh tak tak.. 

For makcik yang super cool ! Saya berterima kasih sebab makcik berani tegakkan keadilan ! (cececehhh). Justeru saya juga bercita2 untuk menjadi seperti makcik bila saya tua kelak. hahaha

P/S ; Ni pun dikira kes pencabulan hak asasi ke ? kehkeh ;)

Sunday, June 12, 2011

KISAH MEREKA

Assalamualaikum..

Belek2 fb. Pandang sebelah mata. Otak mengerang,semacam ada tanda2 migrain, tapi mintak2 dijauhkan. Mana taknya, 24 jam menelaah fb. Kata stalker hebat kan? hikhik.

Okey. Aku ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan. Hasil pengkopian pasta dari SINI
Banyak yang perlu kita ambil iktibar. Juga ikhtiar untuk melaksanakan dan menghindarkannya.
Percayalah. Kadang2 apa yang kita tersilap pandang itulah 'kesalahan' yang kita lakukan. Mungkin juga tidak tahu ia salah atau betul. Faham ?


✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

P/S ; Bentuk peribadi mukmin. Nescaya syurgalah tempatnya Insyaallah ;')

Saturday, June 11, 2011

HOYEAHHHH. DAPAT MASUK MAJALAH 3 YANG DIIDAMKAN (OVER)

Assalamualaikum..

Hoyeah2 ! Akhirnya keluar jugak kat tibi. Ingatkan semua tu omongan kosong. Okey2 aku dah bajet artis ni, padehal muke aku secoit je, urmmm jadi la, terbongkok2 aku jadi camerawoman. Sadis T___T

Nama mak abah aku dia sebut, tapi salah eja pulak, muke langsung lah tak keluar kan..hape lah. tuan tanah patut diberi kehormatan. haha
muke abang aku lah yang tak boleh tahan, banyak pulak tuh. grrrr
Aku? Terbongkok2 cari angle yg cantik utk snap gambar.  Apakah ?

Penat tau posing banyak2 depan kamera besar gedabak tu. Ciss, sekali banyak reporter tu edit. Arghhh.
Haha. Makcik ketutat, tahniah lakonan anda menjadi, menyapu batu, bukan sampah dedaun T__T

Maka untunglah sekalian penduduk DESA TEMU JODOH.
Kami generasi ke-2 turut berbangga. (tetiba jadi skema)

Terima kasih Majalah 3 ;')

Thursday, June 9, 2011

CAN'Y WAIT FOR THIS SATURDAY ;)

Assalamualaikum..

Hye...kegembiraan mengatasi segalanya . Over kan ?

Iklan dah ada. Tapi sekejap je. Tak sampai 5 saat. Motif sebenar ? 

Tak faham lagi? Klik SINI.

Tapi aku tak rasa muka aku hadoo kan. Dan teramat yakin lah aku diorang akan cut bahagian yang tidak sepatutnya. Mungkin Blue ? haha merapu meraban~

P/S ; Saksikan Majalah Tiga Sabtu Jam 9 Malam Di Tibi 3 suku. Sekian dari saya Walia Kapal Karam. Janji tau anda menonton. Walau ada secebis pun jadilah. I pasrah. ;D

Thursday, June 2, 2011

AKU DAN CILI

Assalamualaikum dan hye kepada sidang pembaca =p

Jeling sikit tajuk. Okey dah tau point kita nak story apa kan.
Semenjak duduk dekat rumah 24 jam tak keluar pergi mana-mana bak kata orang macam gadis sunti (aww malu), maka dengan ini diumumkan saya telah menjuarai Pertandingan Menguruskan badan Seantero~
Maksud 'menguruskan' tu bukanlah tertumpu kepada 'lihat pinggangku ramping kan' yer kawan-kawan, tapi merujuk kepada 'menguruskan badan agar nampak lebih montok mantap atau dalam bahasa saintifik adalah gemuk =.='

Erk mungkin takdelah gemuk mana pun, cuma nak stable kan dengan ketinggian je...(ayat cover line).
Asal sihat kan (sihat ke, sampai tak penat2 buat senaman mulut, maka perut turut bekerjasama?)

Menu makanan yang menyihatkan sepanjang percutian aku ;)
1. maggi SEDAP + CILI
2. Sambal terung
3. Sambal telur puyuh
4. Kacang panjang goreng belacan + CILI
5. Maggi PAMA + CILI
6. Nasi goreng + CILI
7. Udang masak lemak cili api + of course letak CILI kan ?

Fine. Penat nak listkan lagi. Jadi kesimpulannya adalah

Aku + makanan + CILI = Memang tak dapat dipisahkan.

Kuantiti makanan mestilah penuh muatan pinggan kan. Cili pula tak mahu kalah mendapat tempat. Sampaikan aku rasa semua makanan aku nak letak lada ke cili ke apa2 yang berkaitan dengan PEDAS. Memang heaven lah. Sekarang dah tak takut nak membuang malam, sebab jamban dah dekat dengan rumah. Motip ?

Ditambah pula bahan-bahan masakan yang berlebihan atas sebab kenduri, lalu tangan ini berlalu lincahlah mengeluarkan idea untuk mengenyangkan perut beliau~

P/S ; Menurut sumber, warna merah adalah penarik selera makan. Memang betul pun, aku kan suka merah, aku suka makan dan aku suka cili. HAHA.. Tengok kfc, mekdi, Pizza, and etc, warna logo dia kaler ape ?