Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS CARING PART 1

Assalamualaikum..

Hye..
Today is khamis day kan. Yeayy petang ni ade orang na blanje chicken pox chop ! Yeayy lg skali ! Malam plak na tgok movie. Ikot jela akak aq tu, na sangat tengok Merong Mahawangsa. Ntah best ke x, kalo x pegi, rugi pulak, tiket da beli smalam..Haha..na yeayy berkali2 macam beruk mak yeyeh.. Oke. Kembali jd budak matang. Siyes sume. Pay the attention plis !

Sebenanye na share something yang aq sendiri tataw la korang ni da taw ke belom kn.. Kalau da taw dok diam2. Sama-sama kita beramal. Sebab benda aq na share ni tentang Surah Ad-Dhuha dan Surah Al-Insyirah atau dikenali sbg Al-syarh..Sumber sume aq dapat dari google. Now all the thing in the world only at fingertips ryte ?


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
 
AYAT DAN TAFSIR SURAH AL-INSYIRAH


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) 

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



P/S ; Surah Ad-Dhuha nt aq sambung part 2. Ade kerja sdg mnanti..HEHE..

1 comment: