Thursday, June 2, 2011

AKU DAN CILI

Assalamualaikum dan hye kepada sidang pembaca =p

Jeling sikit tajuk. Okey dah tau point kita nak story apa kan.
Semenjak duduk dekat rumah 24 jam tak keluar pergi mana-mana bak kata orang macam gadis sunti (aww malu), maka dengan ini diumumkan saya telah menjuarai Pertandingan Menguruskan badan Seantero~
Maksud 'menguruskan' tu bukanlah tertumpu kepada 'lihat pinggangku ramping kan' yer kawan-kawan, tapi merujuk kepada 'menguruskan badan agar nampak lebih montok mantap atau dalam bahasa saintifik adalah gemuk =.='

Erk mungkin takdelah gemuk mana pun, cuma nak stable kan dengan ketinggian je...(ayat cover line).
Asal sihat kan (sihat ke, sampai tak penat2 buat senaman mulut, maka perut turut bekerjasama?)

Menu makanan yang menyihatkan sepanjang percutian aku ;)
1. maggi SEDAP + CILI
2. Sambal terung
3. Sambal telur puyuh
4. Kacang panjang goreng belacan + CILI
5. Maggi PAMA + CILI
6. Nasi goreng + CILI
7. Udang masak lemak cili api + of course letak CILI kan ?

Fine. Penat nak listkan lagi. Jadi kesimpulannya adalah

Aku + makanan + CILI = Memang tak dapat dipisahkan.

Kuantiti makanan mestilah penuh muatan pinggan kan. Cili pula tak mahu kalah mendapat tempat. Sampaikan aku rasa semua makanan aku nak letak lada ke cili ke apa2 yang berkaitan dengan PEDAS. Memang heaven lah. Sekarang dah tak takut nak membuang malam, sebab jamban dah dekat dengan rumah. Motip ?

Ditambah pula bahan-bahan masakan yang berlebihan atas sebab kenduri, lalu tangan ini berlalu lincahlah mengeluarkan idea untuk mengenyangkan perut beliau~

P/S ; Menurut sumber, warna merah adalah penarik selera makan. Memang betul pun, aku kan suka merah, aku suka makan dan aku suka cili. HAHA.. Tengok kfc, mekdi, Pizza, and etc, warna logo dia kaler ape ? 


1 comment: