Sunday, May 15, 2011

CIKGU CIKGI

Assalamualaikum..

Hye, memandangkan 16 Mei setiap thun kita meraikan hari guru, aku ada lah sikit nak mengupas topik utama tentang zaman-zaman persekolahan dahulu kala (asal ayat aku bajet skema ni ?).

Dulu-dulu time sekolah rendah excited gila kan time hari guru. Dah siap plan dengan kengkawan nak bagi hadiah apa. Eh kalau aku nak bagi hadiah ni, kau jangan pilih barang yang sama eh. (hakikatnya bagi pada cikgu yang lain-lain je kot ). 

Ni checklist hadiah yang pernah aku bagi. Owh sebelum tu aku teringat aku pernah hadiahkan ubat gigi Darlie dengan berus gigi sekali 2 paket kau ! Nampak sungguh aku amat prihatin menjaga kebersihan gigi cikgu aku kan. Tapi tu time sekolah tadika, cikgu tu nak pindah je. -.-'

1. Pernah bagi syampu sunsilk ala yang dulu-dulu kan ada dalam paket kecik-kecik, aku bagi sepeket dua. (malu, macam cikgu tu tak mampu je nak beli syampu sendiri. HAHA)

2. Kotak tisu berserta tisu sekali lah. Yang ni memang selalu jadi sasaran aku sebab bila nak bungkus ngan sampul hadiah, wah ! besarnya hadiah aku bagi, (hakikatnya tisu je ;p)

3. Buku nota dengan pen sebatang dua. (macam cikgu ni kanak-kanak pulak ;D)

4. Bedak, sabun, barangan mandian lain. (huh, nasib tak bagi tiket percutian ;)

5. Mesin basuh, dapur gas, microwave, peti sejuk, kuali. (eh ingat ni hadiah kahwin ke ?) =.=

Whatever it is, I love u lah cikgu.

Kenangan zaman persekolahan. Yang pahit-pahit jelah. Baru rasa advance sikit sebab pernah buat salah kan.

1. Kene rotan kat badan guna pembaris yang panjang gila bapak tuh sebab main-main kot masa belajar. Ah standard la tuh.

2. Kene piat telinga sebab tak reti baca BI. Memanglah, otak suci lagi waktu darjah satu. Memang terbelit lidah nak sebut. wekwek, tak sakit pun ;p

3. Kena marah, denda, and watsoeva lah gara-gara menjadi ratu tidur dalam kelas. Siapa yang tak pernah tidur tu mesti tergolong dalam manusia yang kerugian. Masyuk weh. Nikmatnya macam ko dapat tidur kat atas tilam yang empuk, ditambah pula dengan angin yang sepoi-sepoi tak berbahasa sebab meja aku bersebelahan dengan tingkap. Lalalalala~~

P/S ; Ada kawan aku pernah bagi ubat nyamuk dekat cikgu. Mentang-mentang famili dia ada buat perniagaan runcit~ HAHAHAH...'korang tau kan siapa?' 

2 comments:

  1. masa darjah satu bagi cikgu sabun..muahahha mmg tak matang

    ReplyDelete