Monday, May 9, 2011

FLOWER FLOWER LOVE

Assalamualaikum..

Hye..sejak sis ALEXA ni review pasal Filem Dalam Mihrab Cinta ni, aku pun terus jatuh cinta ! Hari2 setiap masa setiap jam asyik nak dengar je lagu kekasih hati aku si Dude ni ;p


Hari ni bermulalah hari yang sangat mensunyikan dan menyenyapkan seluruh alam. Bangun tidur basuh baju buat sarapan (pukul 11 okey) tengok tv sampai nak pecah bontot aku nih. Semalam kecoh sikit rumah aku sebab semua balik. Bising2 sikit coz jiran aku ada buat kenduri kahwin. Dan inilah hasilnya.


Mana aku, mana? 
Pergi rumah jiran kahwin je pun tak payah nak liplap2 bagai. Cukup baju compang camping. Tudung berliuk lentok ditiup angin. Tapi pastikan tetap nampak semat dan hensem !


Weh kawan. Bila korang semua nak pulang ke kampung halaman nih. Aku dah menjadi mayat hidup rasanya. Balik2 hari2 buat benda yang sama. Bila kita semua mahu berjimba berkarok bagai. Yang dah balik pun senyap je. 

Bercakap pula pasal report Li . Tengah cari mood. Kalau boleh time mood tu datang aku nak buat straight on time. Sampai tak tidur malam. Mengalas perut pun taknak. Tuptup satu hari dah boleh siap. Walaweh sangat rajin dan efisien bukan? Tapi dah lama aku carik mood tu, tak jumpa2 pun? -____-'

P/S ; Dah berapa hari rasa berbahang je duduk rumah. Dah lama tak hujan pulak tuh. Tadi macam nak hujan, tapi mungkin teaser je kot. HAHA..Bertambah annoyed bila time tu jugak black out ! Huh !


6 comments:

  1. ta yah wat report lah haya...copy paste suda..hahaha

    ReplyDelete
  2. eh mai. buah fikiran kita sama..aq pun terfikir cmtu..haha (siot je aq nih)

    ReplyDelete
  3. Peh sarapan pukul 11? Apa nak jadi ko ni. Reject2. Kahkah

    Aku tau yg mana satu ko kat dlm gambo tu. Mesti yg paling gem-- haha

    ReplyDelete
  4. hehe..ingtkan sis sorg je addicted dgn lagu tuh..tiap2 masa duk play lagu sama smpaikan satu rumah nyanyi lagu nih..hehe..suara dorg unik :)

    jgn bosan2..kalo dah bosan pegi jogging ke amik angin luar :)

    ReplyDelete
  5. haya, aku dah swoh leha print due utk aku ... hehehe

    ReplyDelete
  6. cuaca malaysia sekarang panas wooo.. tidur pub boleh berpeluh..

    ReplyDelete