Friday, October 21, 2011

MIDNIGHT

Assalamualaikum.

Malam menjelma lagi. Pipi ditampar sang puput bayu. Mata kian terpejam. Tinggal aku keseorangan. Meniti kesejukan malam. (kelas kau jah!)

Yelah kan. Orang dapat wifi free. Memang cengini agaknya tak terasa nak tido malam, memang nak online sampai termuntah. Konon2nya berhasrat esok nak bangun pagi pergi berjogging. eh tetttttt. Berjogging ke ? Kalau kalau esok terlajak tidur sampai bangun pukul 12 taktau lah camne kan, abis beriya2 kak nam sorang tu memekak nak suruh teman berjogging, karang tak jadi pulak maka musnahlah harapan beliau untuk kurus !

Hari terus berlalu. Masa semakin pantas berputar. Tidak toleh kanan kiri depan belakang. Aku terus terkejar. Pejam celik pejam celik eh tetiba dah nak dekat final rupanya !

Aku ? Masih mencari identiti. Sudah bersedia kah nak menghadapi final ? Assignment, test kuiz dan design yang super horror ! Arghhh ! Alangkah indahnya dunia kalau segala-galanya ting ! dengan kuasa bulan, maka tetiba aku sudah menjadi cerdik pandai, menjawab soalan menyelesaikan masalah dengan tanpa keraguan. Yelah,, kan budak pandai kan ??

Banyak pulak aku bebel. Entri tanpa hala tuju. Kau nak buat muka menjengkelkan sila keluar dari blog ini kerana belog ini aku yang punya. Suke hati aku lah . *kenapa tetiba nak meroyan ni -.-*

Dalam kesibukan menjadi mahasisiwi (eh eh!) sempat juga kami berjimba sakan. Kalau tidak menampal gambar, sungguhlah tidak berseri belog ni kan ?

Kau lihat ? Sungguh ! Beginilah caranya kami berjimba. Melompat seperti katak-katak kanak-kanak riang !

Tidak sah bukan kalau pergi ke persisiran pantai tidak mengukir sesuatu yang indah ? *cliche*

Berlatarbelakangkan sand castle . wow ! what amazing !


 P/S ; Sekian. Terima kasih. Entri merepek dari saya. Terharu kerana sudi membaca. *lap hingus*

3 comments: