Sunday, December 18, 2011

Suka kahwin time hujan yer ?

Assalamualaikum..

Hujan di luar. Sejuk mencengkam. Siang disangka malam. Yela, matahari dah segan nak keluar kan ?
Time hujan ni lah penjimatan air berlaku. Nak bukak pili air pun berfikir 360 darjah. Menggelupur. Kalau sebelum ni 30 minit dalam toilet, sekarang 10 minit pun tak sampai. brrrrrr.

Eh sedapnya kalau hujan-hujan ni mentekedarah pisang goreng, tempe goreng cicah ambal kicap pedas nauzubillah. Pergh pergh pergh !

Camne ni asyik hujan je, karang tak naik poli pulak aku . (ada kena mengena ke ?)

Maklum lah kan kalau dah hujung2 tahun je mesti hujan mencurah2 dengan lebatnya. Dan pastinya masa tu cuti sekolah. Dan pastinya lagi alang2 dah cuti sekolah mestilah ramai buat kenduri kahwin. Bestnya kahwin masa hujan ! Hari2 duduk dalam bilik. haha

Tapi yang tak bestnya ramai lah yang diundang tak dapat nak datang. Hujan sana sini. Kesian makanan terbiar. Meh derma kat aku sikit.

Intro kemain panjang. Jom jamu mata sikit.


Jiran saya kahwin semalam. Belah pihak perempuan. Kat Klang tak hujan, tak best !

Motiffff ??

Duduk dalam bas sepanjang perjalanan hujan kemain lebat. Berselubung dalam bas -.-
Mood-oversea.

Cantikkan pelamin dia. Simple. Main pedang. Best tapi sekejap. Jadi tak best. 
Apa aku nak komen nih. Fotografer dia kaku. haha suke hati aku je.


Ini jiran aku lagi satu. Kau tengok. Sekali versi jawa dia punya tema. ;d


Kami bukan pengantin lesbian dari dublin ;p


I nak campak bunge ni. Tunggu tunggu . Mana laki i ni ?



Ni tak lama lagi nak kahwin. Gatal.

P/S ; Hujan-hujan ni jangan la gatal-gatal nak pergi melancong sana sini. Nak berenang di lautan berapi. Baru dapat berita, adik dan abang member aku baru meninggal sebab mandi kat Desaru. Innalillah dan Alfatihah. Takziah untuk family arwah. Take care semua..





2 comments:

  1. pelamin dorg cantik2!!!
    tergelak baca komen2 awk..apedaa :P

    ReplyDelete
  2. haha...ni namanya dah takde modal..hehe

    ReplyDelete